DUN PENANG TAK JADI BUBAR TANDA PH PERDAYAKAN RAKYAT ISU BANJIR



Seperti biasalah, pakatan harapan, sebuat pakatan yang tidak pernah sepakat, tidak pernah sebulu, tidak pernah ada konsensus. Dari isu pengunaan logo ke isu nak tak nak amik MUDA sehinggalah isu baru baru ini, isu pembubaran DUN Penang oleh DAP.


5 Oktober 2022, PH mengumumkan tiga negeri di bawah mereka tidak akan membubarkan DUN untuk menyediakan negeri untuk menghadapi banjir.


Tiba tiba, 13 Oktober 2022, DAP Pulau Pinang mengumumkan yang mereka akan membubarkan DUN untuk memastikan prn dan pru negeri itu boleh berjalan serentak. Mereka mereka akan menang di Pulau Pinang.


15 Oktober 2022, DAP buat Uturn dengan tidak membubarkan DUN untuk memastikan tiada percanggahan dalam PH.


Kalau kita analisis baik baik ucapan Lim Guan Eng untuk bubarkan dun sebab mereka akan menang maksudnya selama ini PH menggunakan banjir sebagai alasan untuk perdaya rakyat untuk PRU.


Hakikatnya, mereka takut kalah dan mereka tidak bersedia untuk berlawan dengan BN di pentas PRU. Ini jelas terbukti dengan track record mereka sepanjang tiga PRN lepas.


Sebab itu kalau betul mereka nak bersedia untuk menghadapi banjir, kenapa mereka masih sibuk berkempen?


Sebab itu kalau betul mereka nak bersedia untuk menghadapi banjir, kenapa jentera sudah dikerah, rapat umum semua sudah dimulakan.? Anwar juga akan memulakan jelajahnya di setiap negeri.


Sebab itu kalau betul mereka nak bersedia untuk menghadapi banjir, pernah atau tidak mereka umumkan perancangan mereka untuk hadapi banjir? Tidak


Sebab itu, isu banjir adalah sekadar satu mainan PH untuk membeli sentimen rakyat dan memperdayakan rakyat.   Cuma, Mereka nak nampak sebagai orang terpaksa, walaupun dalam hati, suka gembira agaknya.


Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa PH tidak pernah mampu sepakat, ketidak sepakatan itu lah akan membawa bala bencana kepada Malaysia. Pelbagai isu sudah biasa dijadikan bahan mereka sebgaia satu sentimen.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA