ISMAIL SABRI JUARA INTEGRITI
1. Integriti adalah sebuah perkataan yang sangat besar pengertiannya. Ramai yang tahu definisinya, tetapi bukan semua yang tahu memaknakannya.
2. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan soal kepimpinan politik negara, dari sekecil-kecil ketua jabatan, sehinggalah sebesar PERDANA MENTERI.
3. Di sinilah hebatnya seorang sosok bernama Ismail Sabri. Sebagai seorang pemimpin yang berasal dari sebuah keluarga marhein, membesar dalam persekitaran yang penuh sederhana, menjadi seorang peguam dan seterusnya terjun ke kancah politik - ini semua adalah guru-guru yang mematangkan beliau untuk memaknai maksud INTEGRITI.
4. Hal ini jelas, ketika beliau menjadi seorang Perdana Menteri, antara perkara utama yang beliau hormati adalah berhubung isu doktrin pengasingan kuasa. Ismail Sabri tahu, doktrin inilah yang menjadi fundamental besar dalam kehidupan bernegara.
5. Tiga pengasingan kuasa tersebut iaitu Badan Eksekutif, Badan Legislatif dan Badan Kehakiman, amat dihormati oleh beliau dan disantuni dengan penuh cermat dan berwibawa.
6. Setiap tindakan pastinya akan mengambil kira maruah dan imej ketiga-tiga badan ini, supaya ia berjalan dengan lancar dan yang paling utama - untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap integriti kepimpinan negara yang telah terjejas teruk pasca PRU14.
7. Buktinya, Ismail Sabri tidak pernah masuk campur dalam urusan Badan Kehakiman, sekalipun terdapat stigma degil masyarakat yang kononnya seorang Perdana Menteri boleh mencatur segala-galanya, termasuklah urusan menyusun pertimbangan neraca keadilan.
8. Semua maklum, ketika zaman PH memerintah, antara perkara UTAMA yang mereka lakukan adalah dengan membebaskan seorang penjenayah yang sentiasa menjadi hero mereka, Anwar Ibrahim.
9. Hal ini berbeza dengan Ismail Sabri. Kita semua tahu kisah kes mega Najib Razak. Sekalipun beliau memegang tampuk kuasa, ketika semua perkara boleh ditentukan di bawah telunjuknya, beliau kekal memaknai integriti perundangan negara. Tiada campurtangan, titik!
10. Itulah Ismail Sabri. Malah beliau sanggup menelan segala herdikan dan kritikan, terutamanya daripada partinya sendiri, apabila beliau terus berusaha keras mempertahankan integriti tiga tiang seri bernegara.
11. Inilah kehormatan yang diberikan oleh Ismail Sabri, yang WAJIB dianuti oleh semua lapisan masyarakat, lebih-lebih lagi yang punya kuasa.
12. Era PH berkuasa mereka Keluarkan Anwar dari penjara. Era UMNO berkuasa mereka hantar BEKAS PERDANA MENTERI mereka dan bekas Presiden UMNO ke penjara.
13. Anda masih mencari CALON PERDANA MENTERI YANG MENJUARAI INTEGRITI? Ismail Sabri, titik.

Comments
Post a Comment