ISMAIL SABRI LEBIH BERTANGGUNGJAWAB MEMBUBARKAN PARLIMEN DEMI KESTABILAN DAN EKONOMI
Tun M ada mengeluarkan kenyataan yang Ismail Sabri ini seolah olah tidak bertanggung jawab membubarkan parlimen tanpa menilai situasi semasa.
Beliau juga turut mempertahankan 12 Menteri PN yang membantah pembubaran ini.
Kelakar sebenarnya baca statement ini sebab sewaktu Tun Mahathir letak jawatan, lebih banyak musibah yang berlaku.
————————————————
1) Kestabilan Politik
Sewaktu Tun Mahathir letak jawatan, ia membawa kepada sejarah paling hitam politik negara. Petukaran kerajaan dalam satu malam sahaj.
Berbeza dengan Ismail Sabri, sebab beliau hendak elak benda itu lah, beliau membubarkan parlimen, beliau serahkan mandat memilih kerajaan ini kepada rakyat.
2. Kestabilan Ekonomi
Tindakan meletak jawatan secara tiba tiba menyebabkan banyak pelabur lari sehinggi menjejaskan ekonomi negara.
Berbeza dengan Ismail Sabri, beliau berjaya memulihkan ekonomi. Dan Pembubaran ini adalah untuk menghadapi kegawatan ekonomi, kerajaan perlu stabil, dan satu satunya jalan ialah pilahan raya.
3. Kestabilan Sosial
Tun M meletak jawatan ketika negara sedang menghadapi Covid19. Dan di sebabkan ini, kes Covid19 di Malaysia merebak dengan cepat sehingga kita terpaksa laksanakan Lockdown.
Tetapi Ismail Sabri adalah gerangan yang berjaya membebaskan kita daripada Covid19. Malah PRU hanya dilaksanakan setelah kita beralih ke endemik.
————————————————
Dan, jika kita fikir baik baik, statement mempertahankan 12 Menteri ini seolah olah mendedahkan rahsia yang sebenarnya Menteri Bersatu dan PN adalah buah buah catur yang dikawal oleh Tun Mahathir.
Buah catur ini sudah mula digerakkan sejak dari Langkah Sheraton lagi, mungkin untuk PRU 15 ini, buah catur akan kembali ke kubunya.
Muhyiddin Yassin juga sudah mengatakan kebersediaan untuk bergabung dengan Pejuang untuk menentang UMNO. Kita tunggu dan lihat sahaja lah apa lagi plot twist Tun Mahathir kali ni.

Comments
Post a Comment