ISMAIL SABRI PENYELAMAT NEGARA


Ketika negara sedang bergelut dengan ketidakstabilan politik maka munculah seorang persona dalam arena politik yang dapat menyatupadukan kerajaan dan pembangkang melalui MOU. 


Ketika negara sedang hangat dengan bahang perkauman pasca PRU 14 maka timbulah konsep Keluarga Malaysia yang dicetuskan oleh DSIS untuk kita hidup aman bersama. 


Ketika negara sedang berperang dengan wabak penyakit yang paling dahsyat dalam sejarah negara maka lahirnya kecekapan pengurusan DSIS sehingga ke fasa endemik. 


Ketika ratusan ribu rakyat hilang kerja akibat kesan pandemik maka beliaulah yang membawa kembali peluang perkerjaaan sehingga mencapai guna tenaga penuh. 


Ketika rakyat sedang ditindas oleh orang tengah dan kartel maka bangkitnya semangat Mat Kilau DSIS menikam mereka sehingga kini terdapat lambakan ayam di pasaran. 


Ketika ekonomi negara hampir lumpur disebabkan kegagalan pengurusan kerajaan lama maka kita dikurniakan dengan kepimpinan DSIS yang berjaya merancakkan lonjakan 8.9% KDNK. 


Ketika negara berhadapan dengan inflasi global maka Ismail Sabri selamatkan kita dengan subsidi sebanyak RM 77 Billion sehingga mencapai kadar statistik inflasi terendah Asia Tenggara. 


Beliau selamatkan kita bukan melalui seni pengucapan awam , retorik mahupun melalui janji. 


Beliau selamatkan kita melalui pelaksanaan dasar dan polisi serta tindakan falsafah politik berterasakan kepada berkerja dan bukannya bercakap. 


Ismail Sabri tidak akan sesekali berjanji. Ismail Sabri juga tidak akan sesekali berdebat. Namun begitu , Ismail Sabri semestinya mampu melaksanakannya ! 


Tiada Perjanjian ! Tiada Perdebatan ! Hanya Pelaksanaan ! 


Jika Mahu Terus Selamatkan Malaysia Maka Ismail Sabrilah Penyelamatnya !

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA