ISMAIL SABRI PERLU TERUS MENJADI PM SUPAYA PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DITERUSKAN
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjadi satu contoh terbaik kepada semua kepimpinan pelbagai peringkat kerana mengutamakan bahasa Melayu sepanjang pentadbirannya sebagai Perdana Menteri negara Malaysia.
Bahasa Melayu kembali bertuah kerana muncul seorang figura yang berazam untuk memperkasakan bahasa Melayu kembali supaya gah di mata dunia. Kepimpinan Malaysia sebelum ini lebih mengutamakan bahasa asing berbanding bahasa ibunda dan kebangsaan kita sendiri. Fenonema kehebatan bahasa Melayu hanya bermula setelah Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kita.
Beliau sudah mengumumkan yang Malaysia akan menggunakan bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi negara, termasuklah mesyuarat dan persidangan antarabangsa.
Perjuangan beliau untuk memperkasakan bahasa dan bangsa Melayu di persada dunia wajar diiktiraf dan dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia. Hal ini disebabkan , bahasa itu merupakan perlambangan sesuatu jiwa bangsa.
Pada UNGA yang menghimpunkan lebih 150 pemimpin dunia, Ismail Sabri menyampaikan Kenyataan Negara dalam bahasa Melayu – kali pertama oleh seorang pemimpin Malaysia berucap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada perhimpunan tahunan itu.
Bahasa Melayu kini bukan bukan sahaja sudah bergema di peringkat ASEAN bahkan peringkat PBB!!!
Beliau berkata, tidak ada sebab mengapa rakyat Malaysia tidak yakin untuk menggunakan bahasa Melayu kerana rakyat banyak negara seperti Perancis, Jerman dan Jepun menggunakan bahasa ibunda mereka dan terbukti boleh maju berbanding negara lain.
Oleh sebab itu , usaha untuk terus memartabatkan bahasa Melayu perlu diteruskan dan bersambungan. Tiada pemimpin yang boleh diharapkan untuk memikul tanggungjawab ini melainkan daripada pencetus dan pemulanya sendiri iaitu Dato Seri Ismail Sabri.
Barisan Nasional perlu terus disokong bukan demi sesiapa tetapi supaya bahasa Melayu akan terus berkibar di pentas duni.

Comments
Post a Comment