ISU PEMBUBARAN PARLIMEN : TUN M & MUHYIDDIN MUDAH LUPA
1. Ketika Tun Mahathir Letak Jawatan secara tiba - tiba adakah Tun meminta pandangan dan persetujuan daripada komponen parti yang lain?
2. Jika seorang Perdana Menteri ada hak untuk meletak jawatan maka seseorang PM itu juga ada hak untuk meminta perkenan YPDA dalam isu pembubaran parlimen.
3. Ismail Sabri sekurang - kurangnya ada berbincang dan meminta pandangan kabinet jika hendak dibandingkan dengan kepimpinan Tun yang diktator.
4. Perkara ini disahkan sendiri oleh Anak Emas Tun Mahathir iaitu Azmin Ali yang mengatakan tindakan menteri PN menolak pembubaran parlimen selaras dengan keputusan mesyuarat kabinet pada 21 September 2022 supaya kerajaan memberi tumpuan terhadap usaha pemulihan ekonomi negara.
5. Keadaan ini bermakna mesyuarat dan pandangan kabinet sudah diambil.
6. Ketika Muhyiddin berjumpa dengan YPDA untuk meminta darurat negara maka pada ketika itu adakah beliau berbincang dengan parti komponen yang lain?
7. Bukan sahaja UMNO yang mahukan PRU kerana pada 19 September 2022 , Muhyiddin Yassin sendiri meminta Pilihan raya seeloknya diadakan supaya sebuah kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat.

Comments
Post a Comment