KEGAGALAN MENTERI PN MENTADBIR NEGARA



17 bulan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara, bermacam hal berlaku. Mujur negara masih dapat diselamatkan daripada terus dihancurkan mereka. Walaupun sebanyak RM600 bilion telah dibelanjakan namun tidak pula mendatangkan hasil, malah keadaan semakin memburuk, rakyat makin tersepit.


Kegagalan kerajaan untuk memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat dalam menguruskan kebajikan mereka sehingga berlaku peningkatan serius dalam permasalahan sosial seperti kes bunuh diri serta gerakan #BenderaPutih sebagai contoh manifestasi kekecewaan dan protes rakyat terhadap kegagalan kerajaan.


Betapa liciknya PN semasa mentadbir dengan menyalahgunakan darurat hanya untuk muslihat politik sehingga memudaratkan rakyat dan ekonomi negara. Sehingga buat pertama kali dalam sejarah YDPA murka dan Parlimen terpaksa digantung. Ini sejarah hitam buat sejarah pentadbiran negara.


Kerajaan PN juga melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpanjang di dunia namun hasilnya, kes COVID Malaysia berada di tangga tertinggi di Asia. Kegagalan kerajaan PN menangani pandemik COVID-19 secara berkesan sehingga mencetuskan keresahan dan kemurungan serius rakyat. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menganggarkan 2.4 juta rakyat hilang pekerjaan.


Ekonomi negara juga berada di tahap terburuk ketika pentadbiran mereka. Pentadbiran PN gagal melonjakkan ekonomi negara dan memandu Malaysia keluar dari kemelut ketidakstabilan yang sedang dihadapi. Indeks Pengendalian COVID-19 yang dikeluarkan Bloomberg meletakkan negara di tempat ketiga paling corot antara 53 negara ekonomi utama semasa pentadbiran PN.


Kegagalan PN ini tidak lain berpunca daripada barisan Menteri PN yang tidak kompeten dalam menjalankan tugas mereka. Seorang demi seorang Menteri PN bersaing menunjukkan kegagalan masing-masing.


Rina Mohd Harun sebagai Menteri Wanita dan Keluarga, mencadangkan para isteri cakap macam Doraemon di rumah masa COVID-19, langsung tidak membantu meredakan kegelisahan rakyat mendepani pandemik.


Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menyembur bahan pembasmi kuman (sanitizer) di jalan raya, di kawasan awam dan bukan kawasan yang sewajarnya, memaparkan betapa tidak arifnya mereka dalam mengurus pandemik.


Azmin Ali sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, di saat kerajaan menutup pintu depan dengan menjalankan Total Lockdown, beliau pula membuka pintu belakang dengan membuka sektor perindustrian dan pengilangan. Membuktikan betapa beliau tidak peduli akan usaha kerajaan bagi mengurangkan kes jangkitan COVID-19 dari kluster tempat kerja.


Wan Ahmad Fayhsal sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan pula dengan yakinnya mencadangkan supaya Bank Negara mencetak lebih banyak wang kertas bagi menangani krisis ekonomi ketika COVID-19 melanda negara. Membuktikan betapa beliau tidak pernah memikirkan kemudaratan yang akan berlaku akibat daripada nilai ringgit yang semakin menyusut.


Kegagalan demi kegagalan ini pastinya membawa satu mesej yang jelas bahawa pemimpin dari kalangan PN bukanlah pemimpin yang sewajarnya membawa suara rakyat. Pemimpin PN bukanlah calon yang perlu diberikan peluang sekali lagi mentadbir negara. Cukuplah sekali diberi peluang, takut apa pula nasib malang yang akan menimpa kita jika mereka kembali mentadbir negara.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA