LIM GUAN ENG MUSNAHKAN EKONOMI BUMIPUTERA DALAM TEMPOH 22 BULAN



FELDA, ASB, Tabung Haji dan LTAT adalah denyut nadi ekonomi Bumiputera di Malaysia. 22 bulan bersama DAP dan Lim Guan Eng sudah cukup untuk mereka menjarah sumber kekayaan negara.


1. Hidup majoriti bumiputera di negara Malaysia merana kerana pentadbiran PH selama 22 bulan dipimpin oleh seorang akautan palsu yang menjadi Menteri Kewangan negara kita. 


2. Lebih daripada 50 000 kontraktor bumiputera muflis hasil daripada pengurusan yang bersifat perkauman dan tidak cekap. 


3. Hibah terendah dalam sejarah Tabung Haji pada kadar 1.25%. 


4. Tabung Haji yang dulunya mengagih hibah lebih dari 6% tetapi semasa Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2018 hanya mengagihkan hibah sebanyak 1.25% sahaja.


5. Pulangan terendah dalam sejarah ASB.  Setelah dua tahun menjadi pemegang rekod pemberian dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) terendah dalam sejarah pada tahun 2018 dan 2019. 


6.  Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan dividen terendah dalam sejarah, sebanyak 6.50 sen seunit + bonus 0.50 pada tahun 2018. 


7. Pada tahun 2019 pula PNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit iaitu jauh lebih teruk daripada 2018, dan masih terendah dalam sejarah.


8. Ingatkan 2018 dah terendah dalam sejarah PNB, tapi malang seribu kali malang, 2019 lagi terendah dalam sejarah.


9.  Dividen LTAT dibahagikan dalam lingkungan maksimum 16% semasa BN memerintah tetapi selepas PH ambil alih maka pesara angkota tentera kita hanya cuma layak menerima dividen sebanyak 2% berbanding sebelumnya. 


10. Janji untuk menghapuskan hutang peneroka FELDA juga tidak ditunaikan. Adakah disebabkan peneroka FELDA ini kesemuanya Melayu dan Bumiputera maka PH sengaja tidak mahu tunaikan? 


Kemerosotan prestasi hibah dan dividen ASB dan Tabung Haji adalah lambang sebenar bagaimana ekonomi bumiputera secara keseluruhan dihancurkan oleh Pakatan Harapan.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA