MANIPULASI KENYATAAN PENDAKWAAN POLITIK ZAHID HAMIDI OLEH PAKATAN HARAPAN
Seperti biasalah PH memang terkenal dengan taktik kotor untuk menang PRU. Fitnah dan pemanipulasian ayat atau statement sudah menjadi perkara ruji mereka.
Baru baru ini, mereka memanipulasi statement yang dikeluarkan oleh Zahid Hamidi. Mereka kata Zahid Hamidi cuba nak membebaskan diri dan pemimpin BN dari kes rasuah dan sebagainya.
Sedangkan, Zahid Hamidi maksudkan, sekiranya PH menang PRU 15, pemimpin BN akan lagi sekali menjadi mangsa kepada pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih.
Ini sememangnya satu cara PH untuk memberi tekanan kepada musuh musuh politik mereka sebagaimana mereka lakukan selepas PRU 14.
Antara contoh paling ketara, sewaktu pendakwaan penerima rasuah 1MDB. Shahrir, Mas Ermieyati dan Tok Pa, semua terima duit 1MDB. Tetapi yang didamwa hanyalah Shahrir kerana Tok Pa dan Mas Ermieyati sudah sertai mereka dengan cara lompat parti.
Selain itu, Zahid Hamidi serta 20 lagi pemimpin BN dibawa ke mahkamah dengan tuduhan tuduhan tidak berasas.
Tetapi, 15 kes berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin pakatan harapan digugurkan. Antara kes yang telah digugurkan sewaktu pemerintahan PH
a. Kes Rasuah banglo Lim Guan Eng
b. Kes Perhimpunan Haram Thomas Su Keong Siong
c. Kes LTTE ADUN Seremban Jaya
Pendedahan siasatan buku Tommy Thomas menjadi saksi bagaimana sewaktu pemerintahan PH, sememangnya pendakwaan politik dan terpilih menjadi amalan mereka. Mereka juga campur tangan pemilihan AG dan Hakim negara.
Berbeza dengan pemerintahan BN, kita sendiri dapat lihat Ismail Sabri tidak pernah campur tangan urusan kehakiman. Bekas Perdana Menteri dan Presiden BN sendiri dimasukkan ke dalam penjara. Kes kes melibatkan pemimpin BN juga diteruskan bukan digugurkan.
Inilah yang cuba disampaikan oleh Zahid Hamidi sewaktu persidangan MIC. Seandainya PH menang PRU 15, inilah cara mereka untuk menentang musuh musuh politik mereka, cara yang kotor dan jijik. Mereka akan terus menangkap pemimpin UMNO dan BN tanpa alasan yang kukuh.

Comments
Post a Comment