MASYARAKAT INDIA MEMBANGUN BERSAMA KELUARGA MALAYSIA
Dalam diam sudah hampir setahun konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri. Setahun bersama Keluarga Malaysia mengajar kita untuk bersatu dalam kepelbagaian dan perpaduan Malaysia perlulah mengikut acuan sendiri.
Menariknya, konsep ini diaplikasikan dalam perlaksanaan dasar dan polisi kerajaan. Pentadbiran Keluarga Malaysia mempunyai tiga teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran yang menekankan konsep inklusif. Ismail Sabri akan mengambil kira setiap pihak dalam membuat keputusan.
Tidak kira lah tua, muda, kaya, miskin, orang bandar, orang kampung, tiada satu pun akan dilupakan oleh Ismail Sabri. Semua akan diutamakan tanpa ada yang dilupakan. Bahasa mudahnya, semua merasa tiada yang terasa. Kalau bahasa Inggerisnya, all for one and one for all.
Dan sempena dengan Deepavali ini, rasanya cukup menarik jika dikongsikan pembangunan untuk komuniti India oleh kerajaan pimpinan Ismail Sabri. Sebenarnya ini juga satu bukti betapa beliau sangat menjaga kaum India di samping juga turut mengangkat kepentingan kaum kaum lain di Malaysia.
Antaranya ialah di dalam RMK 12, kerajaan telah meluluskan peruntukan pembelanjaan pembangunan di bawah Rolling Plan 2 untuk kluster program masyrakat India. RM 100 juta telah diperuntukan untuk Unit Transformasi Masyrakat India (MITRA) di bawah Kementerian Perpaduan. RM 25 juta untuk Skim Pembangunan Usahawan India (SPUMI). RM 600 juta sudah diluluskan untuk BKM masyrakat india.
Di dalam bajet 2023, terdapat banyak peruntukan khas untuk masyrakat India. RM 100 juta untuk MITRA dan RM25 juta untuk SPUMI. Peruntukan tambahan RM5 juta kepada RM25 juta untuk Universiti AIMST pada tahun depan. Kemahiran upskilling/reskilling kepada 42544 pelatih India sehingga Ogos 2022. Sebanyak 68996 penempatan pekerjaan dalam pelbagai industri telah dilaksanakan sehingga September 2022.
Selain itu, tahukah anda sebanyak RM 39 juta telah diperuntukkan kepada sekolah jenis tamil sepanjang Covid19. Ini hendak memastikan perjalanan PnP sekolah tersebut tidak terjejas dan terencat walaupun sedang bergelut dengan pandemik.
Selain itu, betapa Ismail Sabri sangat mengambil berat akan kaum India, MITRA yang sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan telah diletakkan dibawah Pejabat Perdana Menteri. Ini kerana beliau hendak memantau dengab lebih rapat pengembangan kaum India.
Maka sudah jelas yang konsep Keluarga Malaysia yang dibawa oleh Ismail Sabri bukan lah satu angan angan mat jenin. Ia adalah satu kenyataan. Pembuktian sudah ada, perlaksaan pun sudah ada.
Nandri dan Terima kasih PM.

Comments
Post a Comment