MEMAHAMI MAKNA KESTABILAN DAN KEMAKMURAN



1. Barisan Nasional akan turun ke medan perang PRU15 dengan menggunakan slogan KESTABILAN DAN KEMAKMURAN.


2. Slogan ini telah pun digunakan ketika BN menghadapi 2 PRN sebelum ini dengan ungkapan "PILIH KESTABILAN DEMI KEMAKMURAN".


3. Penulis secara peribadi, merasakan BN sangat bijak dengan menggunakan slogan ini sebagai 'war cry' mereka pada kali ini. 


4. Kita semua tahu, PRU15 ini adalah sebuah PRU yang sangat ditunggu-tunggu. Jika PRU15 adalah sebuah pelari berganti-ganti, ia akan melihat PRU14 hadir memberikan baton dalam keadaan yang penuh luka.


5. Ini kerana pelari PRU14 telah terjatuh sebanyak 3 kali, sehingga ia hilang keseimbangan untuk terus berlari dengan sempurna.


6. Dalam tempoh antara PRU14 hingga PRU15, Malaysia telah diuji dengan ujian yang sangat berat. Biasanya, Malaysia sentiasa menjadi negara yang sangat efektif apabila diuji dengan ujian bersifat global. 


7. Namun kali ini, disebabkan oleh krisis politik yang berlaku, Malaysia terpaksa menempuh jalan yang sukar untuk berhadapan dengan ujian yang melanda. 


8. Ketidakstabilan politik menjadi punca mengapa Malaysia terus dihimpit dengan ujian yang tidak bertepi. Disebabkan ketidakstabilan politiklah, fokus untuk memakmurkan negara telah terjejas, akibat sikap polikatak dan politikus yang 'culture shock' bila berada di puncak kuasa. 


9. Inilah berlaku apabila terjadinya Kerajaan Campuran, yang asyik mengugut tarik sokongan tak tentu hala. 


10. Lantas, apabila BN meletakkan slogan KESTABILAN DAN KEMAKMURAN, ia memberi mesej moral yang sangat besar buat para pengundi, supaya jangan diulangi kesilapan sepertima yang terjadi pada PRU14.


11. KESTABILAN DAN KEMAKMURAN hadir berpakej, tidak boleh terpisah, tidak boleh dibeli secara ala-carte. TIADA mana-mana negara yang makmur, maju dan berjaya lahir dari rahim politik yang caca marba. Ini mesejnya!


12. Dan ia wajib dimaknakan dengan memilih sebuah parti yang benar-benar mampu menawarkannya. BARISAN NASIONAL.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA