MESYUARAT PERHUBUNGAN NEGERI UMNO SELANGOR SEPAKAT DSIS SATU-SATUNYA CALON PM DARI BN



Barisan Nasional (BN) dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini sudah membuat keputusan pada 14 April 2022 bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ parti.


Mesyuarat tersebut pada waktu itu dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi rata-rata mahu Perdana Menteri Kesembilan itu meneruskan tampuk pemerintahan selepas PRU15 sekiranya Barisan Nasional (BN) menang.


“Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara mencadangkan agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 akan datang,” kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan 


Mesyuarat Perhubungan Negeri UMNO Selangor kali ini juga sudah sebulat suara menegaskan hal yang sama. Mesyuarat ini dihadiri oleh 22 Ketua Bahagian Selangor. 


Penegasan dan keputusan ini selari juga dengan janji Presiden UMNO pada 10 Oktober 2022 dimana dalam AGM MIC ,  beliau membuat perjanjian bahawa setelah Barisan Nasional menang maka Ismail Sabri akan kembali menjadi Perdana Menteri. 


Tahniah dan syabas diucapkan kepada UMNO Negeri Selangor kerana terus mengangkat suara akar umbi seluruh negara . 


Hal ini disebabkan18 Disember 2021 yang lalu , sebanyak 123 bahagian UMNO seluruh Malaysia sebenarnya sudah meluluskan usul untuk sokong Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri Malaysia. 


Keputusan ini dilihat mampu memperkukuhkan dan apa lebih penting ia dapat mengembalikan kegemilangan Barisan Nasional (BN) seperti sebelumnya.


UMNO merupakan sebuah parti politik yang berpegang kepada janji. 


Apabila kesemua ketua bahagian dan negeri masih lagi konsisten dengan isu calon PM yang sudah lama ditetapkan maka inilah yang membezakan BN dengan PH.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA