MUHYIDDIN PUNCA UMNO BN TERPAKSA BUBARKAN PARLIMEN



Kerajaan sedia ada adalah kerajaan campuran antara BN dan PN. 


Disebabkan Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional memulakan serangan kepada UMNO maka kerajaan hari ini tidak stabil. 


Hal ini disebabkan , apabila terdapat serangan dalam kalangan rakan komponen sendiri maka sesuatu kestabilan kerajana itu akan menjadi tidak stabil. 


Ketidakstabilan politik dan kerajaan merupakan antara punca yang mendesak UMNO untuk membubarkan parlimen secepat mungkin. 


Bagaimana hendak teruskan kerajaan sedia ada apabila Muhyiddin sendiri umumkan bahawa Barisan Nasional (BN) musuh utama PN?


Polemik tercetus dalam PN ekoran kenyataan Muhyiddin baru-baru ini yang mengisytiharkan BN adalah musuh utama PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


Beliau juga sebelum ini berkali - kali mencabar UMNO dan BN bahawa beliau akan tekan butang. 


Kini sudah sampai masanya butang harus ditekan. 


UMNO pula terpaksa memulangkan mandat Kepada Rakyat untuk membuat keputusan dengan membubarkan parlimen disebabkan tindakan Muhyidin yang terus menghancurkan kestabilan kerajaan pada hari ini.


Namun, adakah semua sedar akan perkara ini? Layakkah UMNO dipersalahkan? Atau sebenarnya ini semua satu angkara BERSATU?

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA