MUHYIDDIN TERGIGIT LIDAH SENDIRI
"Datuk Ismail Sabri lemah, tak pandai menguruskan negara!"
Inilah ayat yang terkeluar dari mulut Muhyiddin Yassin dalam kempen Perikatan Nasional. Baik, mari kita lihat siapa yang lemah sebenarnya?
Dari sudut ekonomi, paras ekonomi merudum paling teruk adalah dalam kepimpinan Muhyiddin. Beliau adalah Bapa PKP paling lama. Apa kesan dari PKP? Penutupan ekonomi. Negara kerugian RM 2.4 Bilion setiap hari. Lebih 500,000 hilang pekerjaan. Menganggur. Kes penceraian tinggi. Kes bunuh diri pun tinggi. Belum lagi cerita angkat bendera putih!
Inilah realiti zaman Muhyiddin.
Cuba kita fikir sejenak :
Siapa buka ekonomi?
Siapa yang isytiharkan ENDEMIK?
Siapa yang buka sempadan Malaysia-Singapura?
Siapa buka sempadan negara?
Sampaikan ada seorang bapa sujud syukur di KLIA.
Siapa kembalikan Malaysia kepada normal?
Siapa yang beri dividen pelaburan (TH, KWSP, ASB, LTAT) menokok berbanding tahun sebelumnya?
Siapa beri kelulusan pengeluaran Khas KWSP ?
Di zaman siapakah Indeks Kesejahteraan Rakyat meningkat?
Ini semua bukan era Muhyiddin. Sangat pasti. Ini semua era Ismail Sabri. Tapi Muhyiddin muka tak tahu malu, bongkak boleh bercakap Ismail Sabri lemah.
Yang lemah Muhyiddin.
Yang kalah kes mahkamah, kerana nama sebenar dia rupanya Mahiaddin adalah Abah bukan Pak Long Mail.
Yang kunci pintu Parlimen ; Muhyiddin.
Yang tak berani jawab soalan ketika sidang media ; Muhyiddin.
Yang Menteri UMNO (Shamsul Annuar Nausarah) letak jawatan pun zaman Muhyiddin.
Yang tumbang kerana tidak cukup sokongan pun; Muhyiddin.
Yang hilang jawatan PM kerana di jatuhkan pun; Muhyiddin.
Berani kau mengaku kau kuat????
Lu fikir lah sendiri.

Comments
Post a Comment