PENGUNDI TAMBUN TOLAK ANWAR IBRAHIM
1. Anwar Ibrahim umum bakal bertanding di Tambun pada PRU15.
2. Tindak-tandak Anwar ini tidak menggambarkan kejujuran beliau sebagai seorang pemimpin rakyat.
3. Anwar lahir di P.Pinang, kemudian beliau tinggalkan P.Pinang. Pergi ke Port Dickson. Cukup sepenggal sahaja, lari pula dia ke Tambun. Kalau jujur, kenapa berlari ke sana sini?
4. Ada sebab Anwar tinggalkan PD. Mungkin takut kena penggal oleh pengundi PD.
5. Atau ini sebab akar umbi PKR Negeri Sembilan sendiri menolak Anwar. Akar umbi PKR N9 dingin dengan Menteri Besarnya, Tok Min. Maka larilah Anwar takut kena sabotaj!
6. Anwar ini bukan anak jati Tambun. Kalau dah bukan anak jati, isu dan keperluan tempatan tidak dijiwai pun. Itulah yang jadi di PD. Sekadar tunjuk muka bila ada Pesta Pantai PD atau program cuci Pantai PD.
7. Anwar konon mahu mencontohi Kit Siang. Gempur kubu dan kawasan baru setiap kali PRU. Tapi lepas menang, apa Kit Siang buat? Tak turun kawasan pun, PRU seterusnya lari dan begitulah kitarannya.
8. Sama lah nanti Anwar, kalau menang dia di Tambun, kerja dia nanti asyik nak rasmi program di The Lost World of Tambun sahaja. Hari-hari lain, dia 'Lost' ! Hilang tak turun kawasan. Hantar pegawai sahaja.
9. Sebab itu, pengundi Tambun perlu ajar spesies pemimpin begini. Bukan anak tempatan dan suka ambil kesempatan. Mempermainkan demokrasi dan mandat rakyat!
10. 19 November nanti, beramailah pengundi Tambun kita semadikan riwayat politik Anwar Ibrahim!

Comments
Post a Comment