PKR UMUM CALON PROFESSIONAL TAPI BUKAN DARI ANAK TEMPATAN
2. Jika Wan Azizah kini akan bertanding di Bandar Tun Razak dan Anwar pula di Tambun maka keadaan ini menandakan kesemua calon - calon tempatan akan dibunuh dikawasan tersebut.
3. Calon tempatan dalam politik merupakan perlambangan asal usul dan jati diri yang menjadi perlambagan sesuatu kawasan. Hal ini disebabkan , setiap kawasan memiliki keunikan mereka yang tersendiri.
4. Budaya cetusan PKR ini akan membunuh dan melupuskan kesemua elemen dan jati diri yang akan dibawa oleh sesuatu kawasan tersebut.
5. Tambahan pula , calon tempatan sebenarnya fungsi mereka adalah berkhidmat dan menjaga serta memperjuangkan segala hak dan isu yang timbul berkaitan dengan kepentingan kawasan mereka.
6. Jika calon - calon profesional diwujudkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan oleh PKR untuk mengantikan majoriti calon tempatan maka masa depan persada poliitk negara akan hilang elemen jati diri dan keperluan rakyat di setiap kawasan setempat akan terpinggir.
7. Strategi calon terjun profesional adalah lebih kepada kepentingan menjajah atau merampas sesuatu kawasan demi kemenangan dan bukannya untuk keperluan rakyat di sesuatu kawasan setempat.
8. Jangan sesekali menjadikan rampasan sesuatu kawasan dan kuasa sebagai kiblat masa depan politik negara.
9. Calon - calon tempatan perlu dihidupkan semula dalam persada politik tanah air.
10. Oleh sebab itu , kesemua calon - calon terjun payung PKR seharusnya ditamatkan riwayat politik mereka pada PRU kali ini demi memastikan hak rakyat di setiap kawasan setempat terbela.

Comments
Post a Comment