RADZI JIDIN TERUSKAN ‘TREND’ KEGAGALAN MENTERI PERIKATAN NASIONAL
Lewat ini nama Cikgu Fadli Salleh mula tular di media sosial.
Beliau telah memuatnaik dua surat tindakan tatatertib yang diterima susulan kritikan terhadap silibus pendidikan di sekolah kebangsaan.
Setelah isu ini menjadi hangat, barulah Radzi Jidin dengan tanpa rasa malu mengajak Cikgu Fadli untuk bersemuka.
Sedangkan Cikgu Fadli sudah lama bersifat terbuka dalam memberikan kritikan membina terhadap sistem pendidikan negara. Namun, tiada sebarang tindakan diambil.
Jelas, Radzi Jidin hanya mahu berjumpa kerana hal ini sudah menjadi isu nasional.
Sudahlah Radzi. Kami sudah muak dengan politik populis anda.
Apabila seorang guru bersuara tentang kelemahan sistem pendidikan, langkah yang perlu diambil ialah dengar dan jalankan tindakan sewajarnya.
Kementerian kamu memilih untuk menutup pula suara guru tersebut.
Memalukan.
Tiada siapa yang lebih layak berbicara tentang sistem pendidikan berbanding seorang guru.
Bukan kamu, bukan Timbalan Menteri, bukan pegawai-pegawai lantikan politik kamu itu.
Sejujurnya, kita tidak sewajarnya terkejut dengan tindakan Radzi Jidin.
Prestasi Menteri Perikatan Nasional di dalam Kabinet sangat lemah.
Ronald Kiandee gagal memastikan bekalan telur dan ayam tidak terputus.
Faizal Azumu gagal memastikan penempatan 144 atlet yang digugurkan daripada program latihan kebangsaan.
Azmin Ali dan Tok Pa gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik. Muhyiddin sendiri katakan bahawa prestasi ekonomi kita kurang memberangsangkan.
Gagal, gagal dan gagal.
Radzi Jidin hanya meneruskan ‘trend’ ini yang sudah terlalu sinonim dengan Perikatan Nasional.

Comments
Post a Comment