RAKYAT SEDIA PILIH MANDAT BARU
Parlimen telah dibubarkan, 10 Oktober 2022 bagi membolehkan mandat rakyat dikembalikan bagi PRU-15.
YAB PM Ismail Sabri Yaakob bertindak atas keperluan PRU15 dilaksanakan bagi membolehkan sebuah Kerajaan yang absah, stabil dan makmur untuk dipilih rakyat Malaysia.
Kerajaan yang absah, stabil dan makmur adalah perlu bagi menampan unjuran ketidaktentuan ekonomi dunia pada 2023.
Kini, gelanggang demokrasi sudah dibuka. Rakyat adalah pengadil dan penentunya. PRU15 adalah ruang dan peluang buat rakyat untuk memilih sebuah Kerajaan yang "track record"nya memang cemerlang sebagai pemerintah.
Selama penggal ini, rakyat sudah berdepan dengan pelbagai cabaran dan ketidaktentuan. Dari pandemik yang menjajah dan kegagalan pemimpin PH melunaskan janji sehinggalah perangai segelintir Ahli Parlimen yang khianat dan menikam belakang. Segala kecelaruan ini jika terus dibiarkan akan membawa lebih banyak bencana kepada negara.
Maka, kepada rakyatlah dipulangkan mandatnya dan bersedialah beramai-ramai meraikan pesta demokrasi ini. Bersedialah kita sekalian rakyat turun dan keluar menunaikan hak dan tanggungjawab. Hak kita mengundi sebuah Kerajaan yang absah majoritnya, stabil dan makmur demi Malaysia tercinta!

Comments
Post a Comment