SENTIMEN RAKYAT TIDAK MENYEBELAHI PH, PN & GTA MENJELANG PRU-15
Adakah kalian perasaan PRU kali ini macam sendur sahaja? Rakyat sebenarnya sudah sangat tepu dan penat dengan keadaan politik tidak berkesudahan dan tidak stabil untuk sekian lama.
1.0 Pakatan Harapan
Rakyat tidak dapat memaafkan segala janji yang gagal ditunaikan oleh Pakatan Harapan. Oleh sebab itu , rakyat pada kali ini sudah hilang kepercayaan kepada mereka. Lebih - lebih lagi ketika mereka mentadbir selama 22 bulan negara kita berhadapan dengan pelbagai krisis dan masalah. Sehingga ke saat ini pentadbiran mereka dicop dengan pelbagai kegagalan.
2.0 Perikatan Nasional
Kerajaan ini dibentuk melalui pengkhianatan dalam Pakatan Harapan sendiri. Pentadbiran seketika berbentuk sekejap ke kiri dan ke kanan pula terus menyusahkan rakyat. Tiada sebarang pencapaian yang membanggakan dalam era pentadbiran PN diberi peluang untuk memimpi negara.
PN lebih mementingkan soal isu jawatan dalam kementerian dan lantikan GLC kepada kesemua pemimpin dan ahli mereka berbanding melaksanakan sebarang dasar yang memanfaatkan rakyat.
Pandemik pula sebenarnya memuncak sehingga sistem kesihatan negara hampir lumpur.
3.0 GTA
Parti ini pula diketuai oleh Tun Mahathir untuk terus memecahbelahkan undi dan sokongan Melayu dalam PRU kali ini.
Rakyat sebenarnya sudah letih dengan kepimpinan Tun Mahathir yang tiada visi tetapi sekadar berteraskan kepada falsafah dendam dan agenda peribadi untuk mencaturkan siapa yang sepatutnya menjadi PM dan siapa yang sepatutnya dimasukkan ke dalam penjara.
Tambahan pula , kita sebenarnya sudah pun mencuba 2 kali kepimpinan Tun Mahathir yang tiada menawarkan sesuatu perubahan rasa. Rakyat sudah jelak dengan kepimpinan yang bersifat dendam sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri kita.
Natijahnya , Barisan Nasional masih lagi merupakan blok politik terbaik pada masa ini. Walaupun tidak sempurna tetapi jauh meninggalkan komponen parti lain dari segi sentimen rakyat. Rakyat kini lebih mementingkan kestabilan dan kemakmuran.

Comments
Post a Comment