SOKONGAN 152 UMNO BAHAGIAN BUKTI PH MASIH AMALKAN POLITIK FITNAH
Sebanyak 152 daripada 191 Bahagian UMNO seluruh negara dilapor sebulat suara menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri mewakili Barisan Nasional (BN) jika berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU15).
Bahagian-Bahagian UMNO yang diketuai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri juga membuat usul sama seperti Datuk Seri Jamil Khir (Kedah), Datuk Seri Musa Sheikh Fadzir (Pulau Pinang), Datuk Seri Saarani Muhamad (Perak), Tan Sri Noh Omar (Selangor), Datuk Seri Rauf Yusof (Melaka), Datuk Seri Hasni Mohamad (Johor), Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail (Pahang), Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu), Datuk Wira Jazlan Yaakub (Kelantan), dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Sabah).
Presiden UMNO iaitu Zahid Hamidi juga menyatakan sekali lagi bahawa Ismail Sabri kekal sebagai kekal sebagai "poster boy" BN dan calon Perdana Menteri pada PRU-15, selain menegaskan pendirian berhubung perkara itu tidak berubah sekiranya BN berjaya mentadbir Putrajaya.
Hakikat penerimaan majoriti bahagian UMNO untuk mencalonkan Ismail Sabri sebagai 'poster boy' BN adalah terjemahan isyarat bahawa inilah suara akar umni UMNO yang sebenar.
Oleh sebab itu , segala fitnah pembangkang selama ini bahawa ada calon lain selain daripada Barisan Nasional yang akan menjadi Perdana Menteri merupakan tohmahan semata - mata.
Mereka cuba untuk pecahkan perpaduan Barisan Nasional tetapi gagal. Mereka cuba melaga - lagakan kita tetapi gagal. Mereka cuba menipu rakyat tetapi penipuan ini akhirnya terbongkar. Mereka takut berhadapan dengan Ismail Sabri sebagai figura utama BN dalam PRU 15.
Kini sudah terang lagi bersuloh bahawa DSIS merupakan satu - satunya calon PM UMNO dan juga Barisan Nasional.

Comments
Post a Comment