SYED SADDIQ RATU PUBLISITI
Baru baru ini ceramah parti Muda di Muar diganggu oleh “mat mat motor” dengan buat bising di situ. Yang kelakarnya, tak ada angin tak ada ribut, tiba tiba Syed Saddiq terus terpekik dan terlolong salahkan UMNO dan salahkan BN.
Apa dia fikir musuh politik dia UMNO je ke? Berapa ramai armada masih percaya duit asb tu milik armada. Berapa ramai ahli PKR yang menolak kehadiran Muda dalam PH. Berapa ramai lagi masih fikir SS ni tali barut Tun M.
Tapi itu lah Syed Saddiq, kontroversi nombor satu. Sebab itu lah boleh kita panggila dia Ratu Drama, Ratu Populis dan Ratu PUBLISITI.
Syed Saddiq dalam politik ni umpama artis yang suam suam kuku. Bila dia nampak orang dah mula tak beri perhatian dekat dia, dia akan muncul dengan kontroversi baru, dia akan tunggang isu isu yang dia sendiri tak akan perjuangkan.
Contohnya, Syed Saddiq baru sahaja tunggang isu cuti Deepavali. Katanya, kita Keluarga Malaysia, kena lah bagi dua hari cuti. Tapi sepanjang dalam kerajaan, tidak pernah sekali pun dia bangkitkan isu ini. Takkan bila nak PRU, baru lah kita ni satu keluarga?
Syed Saddiq juga pernah mempersoalkan silibus beberapa mata pelajaran di universiti. Tapi seperti biasa, dia sekadar tunggang sahaja isu ini, bila isu ini diam di sosial media, dia juga turut diam sepi tanpa khabar berita. Dan selalunya dia akan terus diam sampailah isu ni tular balik.
Sewaktu dia menjadi Menteri Belia, dia juga pernah buat drama panjat pagar sebab nak elak gengster yang mengacau program Armada. Tapi isunya, sebagai menteri, dia ada sahaja bodyguard untuk lindung dia, setidak tidaknya, dia boleh panggil polis. Tapi tetaplah dia nak panjat pagar.
Kalau hendak diikutkan, Syed Saddiq ni lagi sesuai jadi artis daripada jadi wakil rakyat. Sebab kalau nak jadi wakil rakyat, mesti lah untuk negara, bukan untuk popular, mestilah seikhlas hati, bukan untuk publisiti.
Comments
Post a Comment