TRACK RECORD ISMAIL SABRI BERI HARAPAN


1. Politik


DS Shafie Apdal dan Tun Mahathir tidak akan sesekali dapat menerima Anwar sebagai calon PM mereka. 


Anwar pula tidak akan dapat menerima Muhyiddin dan Mahathir sebagai calon PM mereka. 


Jika mereka akhirnya demi mendapat berkuasa berunding juga dengan mencalonkan sesiapa sahaja untuk menjadi PM tetapi pergolakan dan langkah SHERATON 2.0 , 3.0 dan 4.0 akan berulang. 


2. Ekonomi 


Prestasi bursa saham , FDI , pengganguran dan kadar pertumbuhan GDP negara kita mencatat sejarah paling teruk sepanjang Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional mentadbir. 


Keadaan hanya bertambah baik selepas Ismail Sabri mengambil alih dan daripada pengganguran melebihi paras 4.5% sehingga kini kurang daripada 3.8% dengan status capai guna tenaga penuh. 


GDP pula berkembang pada kadar 8.9% iaitu satu angka statistik yang tertinggi di seluruh ASEAN pada tahun ini.


Bursa Saham sebelum ini juga pernah jatuh rendah daripada 1200 mata dan kini semakin pulih padar kadar 1400 mata. 


3. Perpaduan 


Konsep Keluarga Malaysia adalah falsafah pentadbiran yang paling adil dan terbaik dalam sesebuah negara majmuk yang didominasi oleh masyarakat bumiputera. Politik berteraskan kepada kekeluargaan dan kebersamaan seharusnya menjadi pencetus masa depan Malaysia yang lebih indah bersama. 


GTA dan PN sebenarnya hanya terlalu fokus kepada satu segmen dalam masyarakat sahaja. Ini bukanlah lambang pembentukan semangat negara Malaysia yang sebenar. 


Ini berbeza dengan UMNO walaupun merupakan sebuah parti politik Melayu tetapi secara holistiknya mereka masih berlandaskan kepada perjuangan Barisan Nasional yang memiliki semua segmen masyarakat. 


Pakatan Harapan pula terlalu liberal dan pluralisme dalam perjuangan Malaysia Malaysian ataupun hak sama rata semua pihak. Perjuangan hak sama rata akan mencetuskan ketidakstabilan kaum apabila golongan majoriti merasakan hak mereka dirampas oleh golongan minoriti. 


Oleh sebab itu , konsep kebersamaan Ismail Sabri adalah jauh lebih ideal berbanding hak sama rata PH dan perjuangan hanya satu kelompak masyarakat oleh PN mahupun GTA.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA