UMNO TREND SETTER DALAM POLITIK?



UMNO telah membuat satu keputusan besar. Bukan keputusan biasa. Tapi ia luar biasa.


Seorang Presiden UMNO telah mengumumkan keputusan parti bahawa jika UMNO Barisan Nasional memenangi PRU 15, maka Ismail Sabri akan diangkat semula menjadi Perdana Menteri.


Siapa Ismail Sabri dalam UMNO. Beliau hanya Naib Presiden. Terdapat 2 herarki di atasnya iaitu Timbalan Presiden dan Presiden. Kemolekan UMNO ialah pengorbanan.


Presiden punya kuasa untuk menjadi PM pasca kemenangan. Tapi ia melepaskan. Yang mengurus parti, yang mengadap Istana adalah Presiden. Tapi beliau akur sebagai pembawa nama. Kemudian, sepatutnya digalas Timbalan Presiden. Namun, turut direlakan oleh empunya badan. Jika BN menang, Ismail Sabri adalah Perdana Menteri. Pengorbanan ini tidak akan ada dalam parti lain.


TIDAK AKAN ADA!


Alang-alang UMNO telah memberi laluan kepada calon yang bukan di pucuk pimpinan. Adalah sangat wajar PKR kali ini memberi laluan kepada Timbalan Presidennya sebagai calon PM. Mengapa tidak.


Begitu juga dengan BERSATU. Tan Sri Muhyiddin harus memberi laluan kepada Timbalan Presiden, Dato' Faizal Azumu. Sangat wajar!


Samalah juga Tun Mahathir dalam GTA. Sudah tiba masanya diberikan laluan kepada anaknya sendiri. Mengapa Tun tidak berbuat demikian.


Jika diseluk dalam sejarah pembabitan sosok mereka dalam politik adalah sedemikian :


Anwar Ibrahim berpolitik sejak tahun 1982 sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh - 40 tahun


Tan Sri Muhyiddin berpolitik sejak 1978 sebagai Ahli Parlimen Pagoh - 45 tahun


Tun Mahathir menceburi politik sejak tahun 1965 sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO - 57 tahun


Ketiga-tiga sosok ini sudah melebihi tempoh 40 tahun dalam politik. Sewajarnya peluang harus dikurniakan kepada waris yang lebih berbakat untuk negara dan rakyat.


Ingatkan, bahawa Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul pada usia 40 tahun. Bukannya Nabi menceburi politik selama 40 tahun. Di harap ahli politik Malaysia tidak terkeliru dengan angka ini.


Ikutlah budaya UMNO. Kerana kalian semua adalah dari rahim UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA