#UNDI18 : NAK PILIH SIAPA??
SPR baru sahaja mengumumkan tarikh hari mengundi bagi PRU-15 iaitu 19 November 2022 dan 15 November 2022 untuk hari mengundi awal. Dan menariknya PRU kali ini ialah ini PRU pertama yang melibatkan pengundi berumur 18 tahun dan ke atas.
Menurut SPR, pengundi berumur 18 hingga 21 tahun yang layak untuk mengundi adalah seramai 1.14 juta orang. Pengundi baru yang tidak pernah mengundi pula ialah seramai 7.8 juta orang. Atau mudahnya, 3 daripada 10 adalah pengundi baru yang pasti akan memainkan peranan penting menentukan kerajaan baru.
Maka pasti timbul persoalan parti manakah yang perlu untuk diundi menjelang hari mengundi nanti. Sebenarnya tidak susah, selaku belia, mereka perlu melihat track record parti parti tersebut untuk mengangkat hak belia.
Tanpa buang masa ayuh kita buat throwback balik sedikit track record parti parti untuk belia.
Kita mulakan dengan Undi 18. Di bawah 22 bulan pemerintahan PH, dasar ini sudah diluluskan tapi ditangguhkan perlaksanaannya. Di bawah Muhyiddin, juga turut tangguh. Tapi di bawah pemerintahan Ismail Sabri tidak sampi setahun, Undi18 sudah dilaksanakan. PRN Johor menjadi pilihan raya pertama dengan pengundi 18 tahun.
Seterusnya isu PTPN, sewaktu PH, PH hanya membatalkan pengecualian pembayaran balik untuk graduan kelas pertama M40 dan T20. Sewaktu Muhyiddin diam sahaja. Tetapi Ismail Sabri mengembalikan dasar ini kerana beliau sangat menekan dasar mesra belia dan dasar inklusif untuk semua rakyat.
Seterusnya, betapa Ismail Sabri mengangkat belia, dia tidak menganggu pendaftaran parti MUDA yang rata ratanya terdiri golongan mula. Bagi beliau, kalau ini platform untuk belia nak berpolitik, beliau akan sokong walau MUDA itu terang terang musuh politik BN. Tidak seperti Muhyiddin, yang “hijack” permohonan parti MUDA sebab takut dan tidak kisah akan belia.
Di bawah pemerintahan Ismail Sabri juga, banyak sahaja program dan dasar untuk orang muda dan belia. Antaranya, Young Entrepreneurship Programme untuk mewujudkan Francais. Program Uniprenuer untuk mahasiswa universiti. Jutaan ringgit diperuntukkan untuk Majlis Belia Negara. Beliau juga akan melantik senator wakil belia dalam dewan negara.
Maka sudah terang tidak perlu bersuluh betapa parti Ismail Sabri dan BN merupakan parti yang sangat komited untuk menjaga dan mengangkat belia. Tiada guna kalau nak perjuangkan belia tapi hanya di mulut sahaja dan tidak di zahirkan dengan tindakan.
Akhir sekali, kalau benar anda sayangkan rakan belia kita, anda sayangkan anak anak muda kita, jangan sesekali perjudikan nasib mereka pada orang yang salah. Undilah yang betul menjaga belia. Undilah Ismail Sabri untuk belia kita. Undilah BN untuk anak muda kita.
Selamat mengundi semua!!!!

Comments
Post a Comment