WAJAH BARU BN BERSAMA ISMAIL SABRI
Barisan Nasional (BN) turun ke gelanggang demokrasi kali ini dengan imej yang berbeza.
BN menawarkan Ismail Sabri kepada rakyat sebagai calon Perdana Menteri mereka.
Di mata umum, Ismail Sabri ialah individu yang bersih dan tidak terpalit dengan sebarang isu integriti.
Malah sepanjang setahun pentadbiran beliau, pelbagai reformasi institusi berjaya dilunaskan bagi memelihara integriti sistem berkerajaan.
Antara lain, Akta Anti Lompat Parti, MA63 dan kerjasama dwipartisan yang semakin lazim.
Selain itu, Undi18 yang tertangguh lama di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin turut dilaksanakan oleh Ismail Sabri sebaik beliau menghuni Putrajaya.
Kebebasan institusi kehakiman juga terpelihara apabila Ismail Sabri memberi jaminan bahawa beliau tidak akan mencampuri urusan mahkamah termasuklah dalam kes yang melibatkan Najib Razak.
Jelas, BN kali ini turun dengan wajah baru. Hal ini yang benar-benar menggusarkan Pakatan Harapan.
Reformasi institusi, kebebasan badan kehakiman dan suara anak muda sudah lama disinonimkan dengan perjuangan Pakatan Harapan.
Namun agenda ini berjaya pula dilunaskan oleh Ismail Sabri, seorang Perdana Menteri dari Barisan Nasional.
Maka mereka memilih untuk bermain kotor.
Lewat ini, kempen murahan Pakatan Harapan di media sosial ialah dengan mengelirukan rakyat kononnya Zahid Hamidi bakal jadi Perdana Menteri sekiranya BN menang.
Disebabkan kegagalan mereka mengotorkan imej bersih Ismail Sabri, individu lain pula yang menjadi mangsa.
Strategi mereka masih sama : fitnah, fitnah dan fitnah.
Malangnya di saat BN sudah beralih ke arah politik bersih dan matang, Pakatan Harapan masih kotor dan kolot dalam berpolitik.

Comments
Post a Comment