YB adalah YANG BERKHIDMAT. Bukannya, YANG BERDEBAT



Anwar Ibrahim mahu debat sesama calon PM diadakan. 


Ismail Sabri jawab, tak perlu. Debat bukan budaya kita. 


Betul apa yang Ismail Sabri kata. Sebab nanti bila debat Anwar Ibrahim akan tabur janji bulan bintang. Tipu lagi rakyat satu negara. 


Betul juga apa yang Ismail Sabri pesan, budaya kita tengok pemimpin yang tunai janji dan turun kawasan. Bukan heboh nak berdebat. 


Lagi betul apa yang Ismail Sabri cakap, bentanglah nanti manifesto. Biar rakyat yang menilai. Samada manifesto tu masih 'bukan kitab suci' atau manifesto boleh bikin stabil dan makmur. 


Syed Saddiq pula sindir Ismail Sabri. Katanya debat kena buat untuk rakyat nilai PM yang berani bercakap di depan.


HAH! Anwar Ibrahim memanglah berani cakap. Tapi Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin yang cekap. Rakyat kita nak, PM dan Parti yang CEKAP, bukan asyik nak bercakap! 


Cukuplah Syed Saddiq dengan trofi debat di rumah tu dan cukuplah Anwar Ibrahim pun; debat dengan Bossku tempoh hari pun lesu tak berfakta. 


Rakyat nak undi YB. YANG BERKHIDMAT. Bukannya; Yang Berdebat atau Yang Bercakap!

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA