1 UNDI UNTUK PAKATAN HARAPAN, 1 UNDI UNTUK KETIDAKSTABILAN
1.0 Siapakah Menteri Kewangan PH ?
Adakah DAP Lim Guan Eng atau PKR Rafizi Ramli yang akan dilantik untuk menjadi Menteri Kewangan negara kita ?
Sekirannya Anwar melantik Rafizi Ramli untuk mengisi kementerian ini maka DAP yang dijangka sebagai sebuah komponen parti yang bakal menang kerusi terbanyak dalam PH tidak akan sesekali menerima ketidakadilan yang sedemikian.
Sekirannya Lim Guan Eng pula yang dilantik maka negara Malaysia akan sekali lagi berdepan dengan kehancuran ekonomi yang dialami pada suatu ketika dahulu semasa beliau menjadi Menteri Kewangan negara kita.
2.0 Rafizi Ramli Sudah Tidak Sebulu Dengan Anwar
Anwar sudah membuat pendirian terbuka sudi bekerjasama dengan mana - mana pihak untuk membentuk kerajaan sekirannya PH tidak ada majoriti. Rafizi Ramli pula memberi penegasan tidak akan sesekali bekerjasama dengan UMNO.
Begitu juga dengan isu Tian Chua bertanding atas tiket bebas di kawasan parlimen batu menentang calon PKR sendiri dimana Anwar mengatakan tindakan sedemikian akan disingkirkan daripada parti. Peliknya , pada hari yang sama Rafizi Ramli membuat sidang media kata tiada tindakan akan diambil dan Tian Chua mendapat restu daripadanya untuk bertanding.
Tambahan pula , ketika BN menghantar KJ untuk lawan di parlimen Sungai Buloh maka Rafizi Ramli mahu menukar calon PKR iaitu Sivarasa yang sudah pun menang 3 penggal di kawasan tersebut tetapi keputusan tersebut ditolak oleh Anwar.
3.0 Apakah Nasib Syed Saddiq ?
Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa akar umbi PKR kesemuanya tidak selesa dengan kewujudan MUDA dan Syed Saddiq dalam Pakatan Harapan.
Sekirannya PH menang maka adakah Syed Saddiq akan dilantik oleh Perdana Menteri dan gabungan PH yang diketuai oleh Parti Keadilan untuk memegang sebarang kementerian?
Jika tidak maka adakah Syed Saddiq akan tarik diri daripada PH?
Jika ya maka adakah akar umbi PKR akan dapat menerimanya?
4.0 Kajian Terbaharu Invoke
Rafizi Ramli mengatakan kajian INVOKE menunjukkan PH akan mampu 80 kerusi parlimen dan jika berkerja keras maka mungkin akan mencapai sasaran 90 kerusi. Keadaan ini hanya menandakan INVOKE sendiri sudah membuktikkan PH tidak akan menang dengan majoriti yang diperlukan untuk membentuk sesebuah kerajaan.
Oleh sebab itu , bagaimana PH boleh membentuk kerajaan jika mereka bermusuh dengan semua pihak iaitu PN dan juga BN ?
Anwar sendiri tidak dapat menerima PN dan Rafizi pula tidak dapat menerima BN.
5.0 Jika PH Sanggup Bekerjsama Sekalipun Dengan Sesiapa
Keadaan ini akan bertambah buruk kerana perjuangan utama Pakatan Harapan selama ini tidak lain dan tidak bukan hanya semata - mata mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri.
Jika berkerjsama dengan GTA maka Mahathir tidak akan membenarkan Anwar menjadi PM.
Jika bekerjasama dengan PN maka Muhyiddin , Hadi Awang dan Azmin Ali juga tidak akan sesekali benarkan Anwar menjadi PM.
Jika bekerjasama dengan BN sekalipun maka BN sudah membuat ketetapan bahawa No Anwar dan No DAP dan bagaimana Anwar sanggup untuk melepaskan cita - citanya yang mahu jadi PM dalam keadaan sedemikian?

Comments
Post a Comment