10 KEGAGALAN KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL


1. Purata gaji dan upah bulanan pada tahun 2020 susut 9% dan data ini didedahkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporan Statistik Gaji & Upah Malaysia 2020 yang disiarkan pada 14 Julai 2021.


2. Bermula tahun 2020 apabila PN memerintah lebih daripada separuh daripada tenaga kerja dalam negara ini menerima gaji kurang daripada RM2062 sebulan. Daripada 100 orang, hampir 50 orang dibayar kurang RM2062 sebulan. Ini lebih rendah daripada purata garis kemiskinan negara iaitu RM2208.


3. Rakyat Malaysia mencapai statistik bunuh diri paling tinggi dalam sejarah negara ketika PN berkuasa. Data Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan dari 2020 hingga Mei 2021 sebanyak 1099 nyawa hilang kerana bunuh diri. 


4. Jabatan Statistik juga mendedahkan pada 2020 kadar pengangguran tertinggi dicatatkan pada kadar 5.3% atau sebanyak 826,100 orang menganggur. Caruman Perkeso juga mencatatkan seramai 107,204 orang hilang pekerjaan pada tahun tersebut. 


5. 150,000 laptop yang dijanjikan oleh kerajaan Perikatan Nasional tidak sampai ke tangan anak-anak Malaysia. Pada ketika itu , lebih dari 3 juta anak-anak kita menjalani Pembelajaran & Pengajaran di Rumah (PdPR) tanpa memiliki sebarang alatan seperti telefon pintar mahupun laptop.


6. Sehingga 29 Julai 2021, 8591 nyawa telah terkorban akibat perebakan virus yang gagal dikawal oleh kerajaan Perikatan Nasional yang 'lockdown' separuh masak. 


7. Indeks Pengendalian Pandemik yang dikeluarkan Bloomberg meletakkan negara di tempat ketiga paling corot antara 53 negara ekonomi utama pada ketika itu. 


8. Ekonomi negara juga menguncup sebanyak 5.6% pada tahun 2020 iaitu adalah satu angka terburuk sejak 1998.


9. Dari awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah lebih daripada 46,000 rakyat muflis disebabkan tidak mampu membayar pinjaman bank.


10. Kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi 2020 semakin teruk iaitu jatuh ke kedudukan ke-57 berbanding tangga ke-51 pada tahun sebelumnya dalam masa 11 bulan Muhyiddin mentadbir negara.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA