APRESIASI BUAT INSPIRASI ISMAIL SABRI
Terjawab sudah siapa yang akan mengemudi kerajaan untuk Penggal Parlimen ke-15. Teka-teki sudah berakhir dan penyelesaian sudah dikirim dari Istana Negara kepada rakyat jelata.
Terima kasih buat Perdana Menteri ke-9 untuk 14 bulan pentadbiran mengakhiri transisi ketidakstabilan politik Malaysia.
Terima kasih PM ke-9 untuk keamanan yang membolehkan Malaysia keluar dari kemelut ekonomi dan kesihatan yang dirasai seluruh dunia.
Terima kasih PM ke-9 untuk pengakhiran yang baik dalam pertumbuhan ekonomi selepas peralihan ke pasca pandemik.
Terima kasih PM ke-9 untuk Reformasi Institusi dan mendamaikan seketika pejuang kiri dan kanan politik Malaysia, yang memberi ruang kepada rakyat untuk bernafas selepas derita.
Terima kasih Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob, yang berani menerima dan menggalas beban ketika waktu yang tiada tanding tekanannya, ketika tiada yang lain mampu menyambutnya.
Terima kasih Anak Desa.
Terima kasih untuk segala aspirasi buat seluruh masyarakat dari Bera ke Putrajaya.

Comments
Post a Comment