BN MENANG ISMAIL SABRI PERDANA MENTERI




Khabar angin yang berputar bahawa akan ada pemimpin lain BN diangkat menjadi PM ke-10 sekiranya BN memenangi PRU-15 adalah sekadar permainan politik licik yang sedikit pun tidak relevan. 


Berulang kali telah dijelaskan, pendirian BN hanyalah satu; Ismail Sabri adalah calon Perdana Menteri ke-10. Keputusan ini adalah hasil persetujuan bersama melibatkan kepimpinan tertinggi dan akar umbi yang percaya pada kredibiliti Ismail Sabri.


Keputusan ini diilhamkan hasil kejayaan Ismail Sabri bertindak cemerlang sebagai Perdana Menteri ke-9 yang telah menghidupkan politik matang dengan membina jambatan perdamaian Kerajaan-Pembangkang serta meredakan kekacauan politik yang berlaku dalam negara.


Berbekalkan _track record_ yang baik dalam pembaharuan tadbir urus serta pemulihan ekonomi negara, adalah mustahil jika kepimpinan sehebat ini tidak dikekalkan. Pastinya, orang kurang waras sahaja yang percaya menyingkirkan Ismail Sabri sebagai PM adalah tindakan tepat.


Berhentilah percaya pada cakap-cakap yang kononnya ada pemimpin lain yang akan mengambil kedudukan Ismail Sabri. Berhentilah membandingkan kedudukan beliau di dalam UMNO. Ternyata selaku pemimpin nombor tiga UMNO pun beliau tetap disokong sebelum ini, sama ada ketika memegang jawatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan Perdana Menteri ke-9.


Berhentilah khuatir pada andaian yang tidak berasas. BN itu terkenal pada kestabilan dan kemakmurannya, dan Ismail Sabri adalah pemimpin yang paling tepat membawa jenama BN ini. Malah Mesyuarat Tertinggi BN yang dihadiri bersama parti komponen juga telah sepakat memuktamadkan beliau sebagai calon Perdana Menteri. 


Kemenangan BN dalam PRU-15 pastinya akan memberi peluang sekali lagi kepada Ismail Sabri menggunakan tempoh pentadbiran sebaik mungkin. Menjayakan gagasan Keluarga Malaysia, melunaskan amanah Bajet 2023, memartabatkan Bahasa Melayu, serta banyak lagi pembangunan signifikan yang pasti beliau akan jayakan.


PRU-15 BN menang, Ismail Sabri Perdana Menteri kita.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA