DSIS TETAP CALON PERDANA MENTERI BARISAN NASIONAL
1. Pengguguran Calon Tertentu Tidak Menjejaskan Ketetapan Parti Dalam Isu PM
2. Hishammuddin Hussein dan Khairy sudah menafikan calon - calon BN dipaksa menandatangani perjanjian untuk menyokong individu selain daripada Ismail Sabri menjadi calon PM BN.
3. Presiden parti sememangnya ada kuasa untuk melantik dan memberi watikah kepada mana - mana yang beliau rasakan sesuai untuk menjadi calon dalam PRU.
4. Dalam isu calon Perdana Menteri pula , kuasanya terletak kepada ketetapan MKT dan parti.
5. Dalam isu ini pula , keseluruhan UMNO dan juga rakan gabungan parti Barisan Nasional sudah membuat ketetapan DSIS adalah calon Perdana Menteri kita.
6. Lebih - lebih lagi usul ini sudah pun diluluskan oleh 153 Bahagian UMNO seluruh Malaysia.
7. Presiden parti pula sebelum ini tidak pernah menjanjikan kepada mana - mana calon akan terpilih mahupun digugurkan. Namun begitu , dalam isu PM beliau sendiri sudah berkali - kali tegaskan dan berjanji bahawa DSIS adalah PM - 10 selepas Barisan Nasional menang.
8. Surat aku janji yang hangat baru - baru ini hanyalah sekadar surat aku janji berkaitan dengan kesetian dengan parti dan tidak akan meninggalkan parti selepas menang.
9. Barisan Nasional tiada calon lain selain Dato Seri Ismail Sabri sebagai calon tunggal Perdana Menteri selepas Barisan Nasional menang nanti.
10. Pilih dan Undi BN Maka Kalian Akan Dapat DSIS Sebagai PM Kita

Comments
Post a Comment