ISMAIL SABRI BENTENG PERANG BARISAN NASIONAL
1. Semakin mendekati hari pengundian, semakin liar strategi politik dan tomahan luar kepada BN. Satu-satunya perkara yang tidak boleh diputar dan direka adalah prestasi kepimpinan cemerlang pimpinan BN.
2. Prestasi pemulihan ekonomi di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob membuktikan pemimpin Barisan Nasional mampu mengemudi negara dengan cemerlang.
3. Malah, jika dibandingkan dengan negara serantau, pengembangan ekonomi pascapandemik Malaysia adalah antara yang terbaik di Asia Tenggara.
4. Jumlah pelaburan dan pertumbuhn KDNK di Malaysia juga adalah yang tertinggi antara negara ASEAN sepanjang 2022.
5. Komentar warganet di media sosial juga mengiktiraf Ismail Sabri sebagai wajah baharu BN. Sebagai pemimpin bersih dan tidak mempunyai salahlaku rasuah, pengundi atas pagar memandang beliau sebagai calon Perdana Menteri yang sesuai dari BN.
6. Undian populariti calon Perdana Menteri juga menempatkan beliau di tangga teratas dengan pecahan terbesar 19% responden memilih beliau untuk kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15 berbanding calon dari parti lain.
7. Di dalam UMNO sendiri pula, 151 Bahagian UMNO telah menyatakan sokongan untuk Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15. Begitu juga sebulat suara keputusan disokong MCA dan MIC.
8. Ketika BN diserang oleh pihak lawan dan terpalit dengan konflik dalaman menjelang PRU, pencapaian dan kredibiliti Ismail Sabri tidak dapat dinafikan, maka tidak dijadikan peluru politik mana-mana anasir luar.
9. Ismail Sabri adalah X-Factor untuk kemenangan BN bagi PRU15. Bukan sahaja beliau mendapat sokongan di dalam dan luar parti, beliau jelas punyai pengalaman dan kredibiliti yang tepat untuk terus mengemudi Keluarga Malaysia ke arah kemakmuran yang diperlukan negara.

Comments
Post a Comment