ISMAIL SABRI BERJAYA MENJENAMAKAN SEMULA UMNO


1.0 Rasuah & Skandal 


DSIS seorang pemimpin yang bersih dan berintegriti. 


Jika dahulu UMNO sering berhadapan dengan persepsi dengan rasuah dan pelbagai lagi jenis skandal. Namun begitu , walaupun pilihan raya kali ini DSIS merupakan satu - satunya calon Perdana Menteri BN tetapi tiada satu pun skandal yang dapat ditimbulkan oleh mereka. 


Tiada rasuah , tiada penyelewengan , tiada kemewahan , tiada kebocoran , tiada sebarang unsur nepotisme dan tiada sebarang skandal berkaitan dengan mana - mana kontrak mahupun projek !


2.0 Sombong & Angkuh 


Imej ini juga berjaya dijernihkan oleh Ismail Sabri kerana beliau datangnya daripada seseorang yang miskin dimana ayahnya adalah seorang penoreh getah. Beliau bukannya seorang pemimpin yang lahir dari golongan kayangan mahupun bangsawan. 


Oleh sebab itu , sifat orang kampung yang senantiasa rendah diri , tenang dan senyum kepada pihak walaupun kepada pihak musuh sekalipun sudah lama sebati dengan beliau. 


3.0 Ketidakadilan & Perkauman 


Semangat dan konsep keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh DSIS dapat diterime oleh semua warna kulit dan lapisan masyarakat di negara Malaysia. 


Isu lama seperti "Darah Cina ", "Pendatang" mahpun "Keris" tidak lagi berbangkit dalam era kepimpinan DSIS dimana semua pihak dalam keadaan yang aman dan harmoni.  


4.0 Tua & Ketinggalan Zaman 


Jika perjuangan lama UMNO lebih berkisarkan tentang sejarah lama bagaimana jasa memperjuangkan kemerdekaan negara maka kini tampilnya DSIS yang bercerita tentang Sukan E Sports , Sukan Permotoran , Digitalisasi 4.0 ,Peranti Siswa , Industri Ekonomi Gig , Keusahawanan dan Peluang Pekerjaan. 


Perjuangan dan cara BN berpolitik pada zaman ini jauh lebih segar dan mendahalui zaman. 


5.0 Penyalahgunaan Kuasa


Jika sejarah lama semasa Tun Mahathir berkuasa dalam UMNO maka istilah penyalahgunaan kuasa sudah menjadi tabit dan lumrah. 


Kita akan lihat bagaimana seseorang Perdana Menteri campur tangan dalam isu pelantikan dan pemecatan badan kehakiman.

 

Pelbagai institusi negara terus mengalami campur tangan daripada kepimpinan tertinggi negara. 


Dalam era DSIS berkuasa , beliau tidak pernah campur tangan dalam badan kehakiman , SPRM dan pelbagai institusi negara walaupun didesak oleh pelbagai pihak. 


Semua institusi di negara kita dapat bergerak dan beroperasi dengan bebas tanpa cengkaman , desakan dan pengaruh daripada pihak tertinggi negara. 


6.0 Kampung & Luar Bandar 


Perjuangan terbaharu UMNO yang dipimpin oleh PM DSIS bukan lagi berorientasikan di kawasan - kawasan perkampungan malahan semakin sebati dengan pembandaran dan pemodenan. 


Segala dasar dan polisi kini lebih holistik dan menyeluruh dan oleh sebab itu DSIS berjaya mengetuai BN merampas kembali banyak kerusi - kerusi bandar di PRN Melaka dan Johor. 


Oleh sebab itu , Khairy juga berani untuk memilih bertanding di kawasan bandar pada PRU kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA