ISMAIL SABRI BUKAN SEKADAR POSTER BOY, TAPI CALON PM BARISAN NASIONAL




1. Selesai pengumuman calon Parlimen BN bagi PRU-15, pelbagai usikan liar dan spekulasi dari luar berlaku berkenaan hal dalaman UMNO.


2. Pendirian dan kenyataan yang dikeluarkan UMNO/BN masih lagi sama. Ismail Sabri adalah 'Poster Boy' dan Calon Perdana Menteri BN untuk PRU-15.


3. Tidak ada mana-mana kenyataan terbuka atau kononnya 'perjanjian sulit' dari sumber dalaman yang membuktikan sebaliknya.


4. Keputusan pengguguran calon muka lama juga adalah keputusan bersama yang dilakukan antara Ahli MKT (termasuk Presiden Zahid, dan Naib Presiden Ismail Sabri) serta Pengarah Pilihanraya BN - Tok Mat.


5. Dakwaan pihak luar bahawa Presiden gugurkan calon yang 'memihak' Ismail Sabri juga tidak benar. Ismail Sabri juga tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian, malah spekulasi sebegini hanya menambah peluru musuh BN untuk meremehkan BN sahaja.


6. Kemahuan BN untuk Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri telah berulang kali dinyatakan. Bukan sekadar rahsia dalaman yang bocor, malah umum sedia maklum sehingga menjadi bahan berita antarabangsa.


7. Propaganda dari pihak luar sahaja yang berusaha menafikan kemahuan BN, malah sengaja mengalihkan imej tumpu kepada Presiden UMNO untuk memburukkan keadaan. 


8. Kajian dari pelbagai media dan institut kajian seperti ILHAM CENTER dan Bloomberg juga telah mengesahkan kesediaan masyarakat untuk menerima Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15


9. Ismail Sabri adalah wajah BN kali ini, cuma mereka yang tak mahu terima hakikat populariti beliau sahaja yang beria mahu mencantas persepsi masyarakat. Lebih sudu dari kuah, parti masing-masing berpecah belah.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA