ISMAIL SABRI CALON PM BN PILIHAN KESEMUA KEPIMPINAN PARTI
1.0 Presiden UMNO - Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendiriannya bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
2.0 Timbalan Presiden UMNO - Tok Mat
Barisan Nasional (BN) kekal dengan pendirian bahawa Datuk Seri Ismail Sabri adalah calon Perdana Menteri parti itu sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata itu adalah janji parti yang sudah dimuktamad dan rakyat diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang.
“Itu ialah janji kita…parti telah membuat keputusan dan setakat hari ini tidak ada apa-apa perubahan dan BN masih guna pakai itu.
3.0 Presiden MCA - Wee Ka Siong
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, perkara ini jelas menunjukkan bahawa Pembangkang sudah kehabisan idea menjelang hari pengundian dan disebabkan itu mereka mengelirukan orang ramai tentang siapakah calon pilihan BN untuk menjadi Perdana Menteri nanti.
"Perkara ini diputuskan pada perhimpunan agung Umno dan majlis mesyuarat tertinggi baru-baru ini yang mana 156 bahagian menyokong usul untuk mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai 'poster boy' BN untuk menjadi Perdana Menteri.
4.0 Presiden MIC - Tan Sri S.A Vigneswaran
Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran pula berkata, dalam Barisan mereka sangat jelas dan banyak kali telah mengatakan bahawa calon Perdana Menteri ialah Ismail Sabri.
5.0 Naib Presiden UMNO - Mahdzir Khalid
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob akan kekal sebagai calon bagi jawatan Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.
Penegasan itu dibuat Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan mengatakan bahawa pembangkang tidak perlu mengelirukan pengundi dengan memainkan isu pelantikan tersebut.
Beliau turut menegaskan, Umno sudah membuat ketetapan awal yang dipersetujui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bahawa Ismail Sabri kekal sebagai calon bagi jawatan Perdana Menteri.
“Dalam mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menetapkan bahawa parti setuju sebulat suara untuk Ismail Sabri menjadi calon Perdana Menteri sekiranya BN menang pada PRU15.
"Saya fikir keputusan itu telah dibawa pula menjadi sebahagian daripada usul-usul dalam persidangan Umno bahagian-bahagian di seluruh negara"
"Keputusannya adalah seperti yang saya sebutkan tadi (bahawa Ismail Sabri dilantik semula), Datuk Seri Ahmad Zahid sebagai Presiden Umno juga jelaskan dan bersetuju Ismail Sabri adalah calon Perdana Menteri,”
6.0 Naib Presiden UMNO - Khaled Nordin
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau tidak terkejut dengan tuduhan pemimpin Pembangkang bahawa undi untuk Barisan adalah undi untuk membebaskan Ahmad Zahid dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada kes mahkamah mereka yang sedang berjalan.
"Pembangkang bermain dengan sentimen itu. Ismail Sabri adalah pilihan Barisan untuk Perdana Menteri," katanya.
7.0 Bendahari Barisan Nasional - Hishammuddin Hussein
Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pendirian UMNO mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai "poster boy" Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum-Ke-15 (PRU15) telah ditentukan lebih awal oleh parti.
Justeru, Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong berkata untuk merealisasikan hasrat BN berkenaan parti perlu memenangi PRU15.
8.0 Khairy Jamaluddin
"Calon Perdana Menteri adalah Datuk Seri Ismail Sabri.. noktah.. itu adalah pendirian Barisan Nasional yang diumumkan Datuk Seri Ahmad Zahid sendiri.
"Undi BN dapat Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri," katanya.
9.0 Ahli Majlis Tertinggi UMNO - Reezal Merican
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pada masa sama, Presiden UMNO itu juga mahu sebuah kerajaan yang lebih stabil dibentuk sekiranya Ismail Sabri kekal menerajui kerajaan selepas PRU15.
Justeru, beliau yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Kepala Batas berterima kasih kepada Ahmad Zahid kerana tetap dengan pendiriannya mengekalkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri jika BN menang pada PRU15.
“Kita mahu melihat sebuah kerajaan yang stabil serta negara yang lebih makmur datang daripada kepimpinan Ismail Sabri"
10.0 Ketua Penerangan UMNO - Shahril Hamdan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah nama yang akan terus diangkat sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, itu adalah keputusan kepimpinan tinggi parti yang turut dipersetujui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Kita berpegang kepada prinsip bahawa UMNO telah mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri, itu tidak boleh dipertikai lagi.”

Comments
Post a Comment