ISMAIL SABRI MENGHORMATI SEMANGAT DEMOKRASI


Undi ialah satu hak dan tanggungjawab. 


Negara ini dibina daripada kertas-kertas yang dipangkah dan kemudiannya dibuang pada peti undi. Itu makna sebenar demokrasi.


Daripada rakyat, untuk rakyat.


Semangat ini yang didukung oleh Ismail Sabri.


Bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia turun mengundi, beliau telah mengumumkan Hari Pelepasan Am pada 18 dan 19 November.


Hal ini akan membantu pengundi luar pulang ke kampung halaman masing-masing dan melunaskan tanggungjawab mereka.


Perjalanan mereka juga turut dipermudahkan dengan pengumuman tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya sempena PRU-15.


Bagi membantu daripada segi kos perjalanan pulang mengundi, gaji penjawat awam dan penerima pencen juga dipercepatkan untuk bulan ini.


Penjawat awam akan menerima gaji bulan ini pada 17 November manakala penerima pencen pada 14 November.


Selama ini kita sering mendengar tohmahan kononnya BN tidak mahu pengundi luar pulang.


Pengumuman ini membidas fitnah tidak berasas tersebut.


Inilah kematangan politik yang benar-benar dinantikan oleh rakyat. Ternyata ia hadir bersama Ismail Sabri.


Demokrasi itu untuk semua. Kepercayaan ini yang dianuti Ismail Sabri.


Biar berbeza ideologi politik, namun demokrasi tidak akan sesekali dijadikan alat untuk percaturan kuasa.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA