ISMAIL SABRI PENCETUS KETAMADUNAN POLITIK BAHARU
Takuk lama budaya politik Malaysia dahulu lebih berkisahkan tentang permusuhan dan persengketaan.
Kerajaan dan Pembangkang akan saling bermusuhan.
Semangat assabiyah kepartian lebih diutamakan melebihi rakyat dan negara.
Hanya apabila setelah wujudnya Ismail Sabri dalam pentas politik negara.
Dalam sekelip mata sahaja kerajaan dan pembangkang juga boleh duduk semeja.
Transformasi perjanjian politik tanpa mengira perbezaan parti politik demi rakyat dan demi negara berjaya diwujudkan.
Tiada musuh lawan dipenjarakan lagi dan tiada juga kawan dibebaskan dengan campur tangan dalam institusi kehakiman.
Politik merentasi kepartian kini menjadi pemangkin ketamadunan dan budaya baharu dalam sejarah politik negara.
Darah dan Jiwanya Walaupun UMNO tetapi aspirasi Keluarga Malaysia tidak akan meminggirkan sesiapa walaupun kalian bukan ahli UMNO.
Anak PKR , ANAK DAP , Anak GTA , Anak AMANAH , Anak PAS , Anak Wairsan , Anak GPS , Anak GRS tetap juga merupakan ANAK KELUARGA MALAYSIA DATO SERI ISMAIL SABRI.
Jika dahulu peruntukkan setiap ahli parlimen berbeza antara kerajaan dan pembangkang.
Kini semua mendapat peruntukkan yang sama.
Ismail Sabri tidak kisah tentang parti apa yang kamu wakil tetapi rakyat di kawasan mana yang kamu wakili.
Beliau percaya kita boleh berbeza pendapat dan juga bebas memiliki selera politik yang berbeza.
Namun dalam hal dan isu berkaitan tentang kepentingan rakyat dan negara kita perlu Tasamuh sesama kita sendiri merentasi perbezaan ras kepartian.
Perjuangan Ismail Sabri merentasi sempadan politik !

Comments
Post a Comment