ISMAIL SABRI SENTIASA SETIA KEPADA KEPUTUSAN PARTI
*ISMAIL SABRI SENTIASA SETIA KEPADA KEPUTUSAN PARTI*
1. Perdana Menteri KeSembilan yang juga merupakan Naib Presiden UMNO sememangnya akur dengan setiap keputusan parti sepanjang 15 bulan pemerintahan beliau.
2. Beliau beberapa kali dimaklumkan oleh seluruh MKT dan Presiden UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti, walaupun sukar namun DSIS dapatkan penangguhan. Seandainya beliau mementingkan diri, usaha ini tidak akan berjaya dilaksanakan.
2. Beliau juga berkali kali memberi amaran kepada MKT UMNO bahawa Barisan Nasional belum tersedia dari segi kewangan, jentera, kajian sikap dan bakal kalah untuk menghadapi PRU15 namun amaran ini sia sia.
3. Beliau juga menegaskan bahawa sekiranya PRU 15 dijalankan juga, Barisan Nasional perlu bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya tewas.
4. Sayang seribu kali sayang, beliau akur juga dengan desakan pembubaran dan kini parti menangggung kerugian besar.
5. Ditambah pula, janji Presiden untuk mengangkat DSIS sebagai Poster Boy hanya tinggal janji. Selain Pengarah Pilihanraya adalah Tokmat, ketika pengumuman manifesto Presiden sendiri menjadi muka utama dan bukan DSIS.
6. Ketika parti ditekan pembangkang bagai orang gila bilamana disetiap ceruk pelosok tanah air dikempen Undi BN sama dengan Undi Zahid Hamidi, tetapi tiada penafian tegas daripada Presiden sendiri bahawa beliau bukan calon Perdana Menteri.
7. Sedangkan rakyat dibawah sedar bahawa punca utama kekalahan adalah berpunca Dato' Presiden sendiri. Malah akar umbi UMNO juga sedang dalam penafian maha dasyat.
8. Dalam ketidaktentuan keadaan UMNO sekarang, marilah kita sepakat dan muhasabah diri, hentikan budaya salah menyalah, kita pertahankan apa yang ada, kita perkuatkan saf kepimpinan dan maju kehadapan.

Comments
Post a Comment