ISMAIL SABRI TIDAK PERNAH PENUHI TUNTUTAN PPBM
Sekarang bukannya masa untuk berbunuhan sesama ahli parti. Apatah lagi menjadikan Perdana Menteri ke-9 sebagai mangsa pembunuhan karakter. Perlu diingat komposisi kerajaan sebelum ini memang dianggotai sama oleh UMNO/BN, PN dan blok Borneo. Tetapi;
1. Jawatan Timbalan Perdana Menteri TIDAK PERNAH diwujudkan dalam pentadbiran Keluarga Malaysia, apatah lagi DISERAHKAN kepada BERSATU.
2. Mahiaddin TIDAK dilantik menjadi Menteri Mentor, setiap lantikan kabinet adalah mengikut nisbah komposisi parti komponen dalam kerajaan, dan ia tetap dibincangkan oleh PM DSIS bersama MKT UMNO, dan Presiden DSZH.
3. Maksudnya, TIDAK ada sebarang peruntukan pun disalurkan dari Pejabat Perdana Menteri keluar, apatah lagi kepada TSMY
4. PAU, Konvensyen Barisan Nassional, dan MKT UMNO mencalonkan DSIS sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU-15. Tidak ada sebarang perjanjian antara DSIS dengan TSMY sehingga jelas Perikatan Nasional mengumumkan BN/UMNO adalah musuh nombor satu mereka untuk PRU15.
5. Perbincangan untuk PEMBUBARAN PARLIMEN juga adalah berdasarkan keputusan DSIS bersama gesaan UMNO, bukan TSMY atau BERSATU.
6. TSMY dalam kempen PRU-15 pada 23 Oktober 2022 secara jelas menyatakan tiga perkara:
Pertama, TSMY menjelaskan bahawa DSIS tidak pernah memenuhi satu pun tuntutan BERSATU. Ditambah dengan label munafik kepada DSIS. Hanya kerana setiap keputusan yang dibuat DSIS dibincangkan dengan DSZH dan MKT UMNO
Kedua, Perdana Menteri dari UMNO akan mengikut telunjuk Presiden UMNO, DSZH jika BN menang PRU15 kelak, disebabkan TSMY telah gagal menjadikan DSIS sebagai proksi untuk BERSATU.
Ketiga, perbincangan berkenaan Pilihanraya dan sebarang peruntukan juga tidak dibuat bersama BERSATU, yang menjadikan DSIS dan UMNO bahan kempen kebencian oleh PN sepanjang PRU15.
BN kini telah kecundang. DSIS tidak pernah mengkhianati UMNO. Dalam ribut dan kekalahan parti untung memang besar dalam ‘mother of all election’ ini, apa lagi perpecahan yang kita mahu?
Mahu berbangga kepada orang awam yang kita menyembelih mangsa yang tidak bersalah?

Comments
Post a Comment