ISYTIHAR HARTA : JUTAWAN PKR MENGEMIS DANA PRU DARIPADA RAKYAT MARHAEN

 



Dalam deklarasi aset yang dijalankan politikus PKR, Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli masing-masing bergelar jutawan dengan aset terkumpul sebanyak RM11 juta buat Anwar dan RM18 juta buat anak buahnya.


Seawal usia 29 tahun, Rafizi Ramli sudah ada simpanan mencecah RM2 juta. 


Persoalnnya dari mana datangnya kekayaan Rafizi apabila INVOKE mengalami kerugian sebanyak RM4.7 juta pada tahun lepas sahaja?


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim pula mengisytiharkan aset bersih sebanyak RM11,178,667.80.


Pengisytiharan harta itu disyaratkan PKR kepada calon PRU-15 mereka dan disiarkan di laman khas calonkeadilan.org.


Dokumen pengisytiharan Anwar antara lain menyenaraikan wang tunai dan simpanan (termasuk pelaburan) berjumlah RM828,667.83 yang kebanyakannya disimpan di akaun Bank Islam (RM354,812.58).


Selain itu, aset lain merupakan tanah berserta rumah di Segambut Dalam, Kuala Lumpur dengan nilai pasaran RM9 juta yang dibeli dengan harga RM4 juta pada 2005 secara tunai hasil jualan unit rumah di Bukit Damansara.


Anwar terus kumpul harta, penyokong pula terus menghamburkan wang untuk membiayai cita-cita politik dia.


Oleh sebab itu , PKR sememangnya merupakan sebuah parti politik yang melahirkan ramai jutawan. MB Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari pula bergaji RM185 ribu sebulan. Calon PKR yang kini berdepan dengan KJ di Sungai Buloh pula memiliki aset sebanyak RM65 Juta. 


Soalnya, mengapa jutawan PKR terus mengemis dana pilihan raya daripada penyokong mereka yang rata-ratanya datang daripada kelompok marhaen?

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA