KDNK 14.2 PERATUS : DSIS BERJAYA MEMACU EKONOMI MALAYSIA



Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 14.2% tahun ke tahun pada suku ketiga tahun ini. Kadar pertumbuhan ini juga merupakan angka yang tertinggi yang Asia Tenggara. 


Kadar pertumbuhan ini adalah jauh lebih baik berbanding suku kedua 2022 yang mencatatkan pertumbuhan 8.9 peratus, malah jauh lebih kukuh berbanding 5.0 peratus yang dicatat pada suku pertama 2022.


Selain itu, campur tangan kerajaan keluarga Malaysia ke atas harga dan subsidi telah meminimumkan kesan terhadap pendapatan boleh guna isi rumah, ia mungkin memberi sokongan kepada pertumbuhan penggunaan.


Angka ini juga jauh melebihi paras sasaran yang diramalkan oleh 22 pakar ekonomi Reuteurs yang menggangarkan pertumbuhan sebanyak 11.7 per cent%. Namun begitu , angka yang akhirnya berjaya didapati adalah setinggi 14.2%. 


Kadar pengangguran di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan kepada 3.6 peratus pada September lalu, menurun 0.1 peratus berbanding 3.7 peratus pada Ogos.


Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melalui kenyataan memaklumkan bilangan penganggur turut mengekalkan trend menurun selama 14 bulan berturut-turut kepada 605,000 orang pada September berbanding 612,000 orang pada bulan sebelumnya.


Kesemua ini menandakan pengurusan , dasar dan polisi ekonomi Ismail Sabri bukan sahaja berjaya memulihkan ekonomi bahkan memajukan negara ke tahap yang jauh lebih tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA