KJ BOOSTER SOKONGAN PENGUNDI DI BANDAR KEPADA BN
Dalam PRU 15, Rafizi Ramli ibarat Panglima dari PKR. Serang lawan tanpa belas kasihan. Tapi bila pilih tempat bertanding, pilih Parlimen Pandan ; kawasan selamat. Berbanding KJ, memilih Sungai Buloh yang merupakan kubu kuat PKR. Ini baru betul Panglima yang sebenar di hati rakyat.
Pun begitu, mari kita intai peluang dan ruang untuk BN di Sungai Buloh.
1.0 Catalyst Kepada Kebangkitan BN Di Kawasan Bandar Lain
Keberanian KJ bertanding di kawasan bandar akan menjadi pemangkin kepada kemenangan BN di kawasan bandar lain. Dalam siri roadshow KJ di Parlimen Sungai Buloh, ceramahnya dipenuhi ribuan pengundi Melayu. Malah, dalam satu program golongan profesional di Sungai Buloh juga bersama KJ.
Arus yang bersama KJ ini akan merebak ke kawasan bandar selepas ini. Adakah kawasan bandar bukan lagi deposit tetap pihak Pakatan Harapan.
2.0 Majoriti 26, 634 Akan Kembali Kepada BN
Sekirannya KJ juga berani memilih kawasan di mana BN kalah sebanyak 26000 majoriti maka ini merupakan satu petanda dimana kawasan lain yang BN kalah sebelum ini dengan majoriti yang lebih rendah akan kembali kepada BN. Hanya KJ yang nampak angin perubahan pengundi bandar ini. Sebab itu, Rafizi Ramli ingin menukar calon PKR Parlimen Sungai Buloh Datuk R Ramanan kerana gentar dengan arus KJ. Malah, empunya badan sendiri telah merajuk dan mengelak bertemu media.
3.0 KJ Akan Cipta Sejarah Rampas Sg Buloh
KJ akan cipta sejarah untuk rampas kerusi parlimen Sungai Buloh kembali kepada Barisan Nasional. Jika kawasan hitam juga mampu dikembalikan maka selepas ini tiada lagi kawasan yang tidak mampu ditembusi oleh BN. Tapi, bagaimanakah caranya?
Menurut orang Melayu Sungai Buloh, sebelum ini mereka tidak berminat keluar mengundi kerana BN tidak menurunkan calon Melayu. Nah, kali ini adalah masa yang ditunggu untuk pengundi Melayu Sungai Buloh bangkit menawan Sg Buloh.
4.0 KJ Berpotensi Menjadi PM Masa Depan Negara
Dato Seri Ismail Sabri sendiri mendoakan supaya KJ akan dapat Perdana Menteri negara satu hari nanti. Untuk masa ini gandingan DSIS dan KJ adalah tawaran yang terbaik kepada rakyat dan negara.
Rakyat mahu wajah baru memimpin negara. Yang lama, yang reput sila lah beri laluan kepada generasi baharu.
5.0 DSIS & KJ Mampu Membawa Wajah Baharu Kepada BN
Jika dahulu BN dikenali sebagai parti orang tua dan kampung tetapi kini dengan gandingan yang tiada skandal , bersih dan berintegriti merupakan satu pembaharuan wajah buat Barisan Nasional.
Jika dahulu BN tidak mampu menawan kerusi - kerusi bandar daripada Pakatan Harapan maka KJ kini menjadi pemulanya.
Yakinlah, jika pengundi cintakan kestabilan beralihlah kepada BN. P 107 Sungai Buloh sudah serik dengan sikap Sivarasa yang tidak turun kawasan hanya menjadi Ahli Parlimen Facebook dan Twitter semata-mata.

Comments
Post a Comment