MANIFESTO BN MERUPAKAN MANIFESTASI PERJUANGAN DSIS SELAMA INI



1.0 Kos Sara Hidup 


Penghapusan kemiskinan mutlak dalam manifesto kali ini sememangnya merupakan agenda utama DSIS selama ini. 


Beliau sendiri mempengerusikan  Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang bertujuan menghapuskan golongan miskin tegar menjelang tahun 2025.


Janji potongan cukai pendapatan sebanyak 2% kepada kelompak M40 sudah pun dibentangkan dalam belanjawan 2023 kerajaan keluarga Malaysia. 


2.0 Memastikan Kestabilan Politik 


Perkataan KESTABILAN sudah lama sebati dengan Ismail Sabri. 


Beliau merupakan calon Perdana Menteri Malaysia yang sudah terbukti mampu membawa kestabilan politik sebelum ini. 


Tambahan pula , manifesto BN kali yang mahukan supaya siasatan kertas putih dilakukan kepada Tommy Thomas dan Pulau Batu Puteh sudah pun dilaksanakan oleh DSIS. 


3.0 Semangat Persekutuan Malaysia 


Semangat ini sudah diperkasakan apabila kepimpinan Ismail Sabri sebagai PM 9 sudah meluluskan MA63 yang gagal dilakukan oleh kesemua kepimpinan sebelum ini. Sabah dan Sarawak juga menerima peruntukan tertinggi semasa DSIS mengetuai kerajaan sebelum ini. 


4.0 Pendidikan & Pengajian Tinggi 


Cadangan manifesto untuk pemberian 100% pembiayaan PTPTN kepada pelajar dari kelompok M40 dan ke bawah sudah pun dilaksanakan. Cuma bezanya sebelum ini Dato Seri Ismail Sabri melupuskan segala pembayaran kepada graduan kelas pertama.


 

5.0 Sekuriti Makanan 


Cadangan penghapusan AP pengimport makanan merupakan sesuatu yang pernah dilakukan oleh DSIS untuk meningkatkan bekalan ayam di negara kita. 


Beliau juga pernah menubuhkan Jawatankuasa Sekuriti Makanan khas negara bagi memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021 hingga 2025 mencapai hasrat yang dikehendaki.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA