MOH UNDI TOK MAIL PM KITA!
Dato' Sri Ismail Sabri cukup dekat di hati rakyat Bera. Menjadi ahli Parlimen Bera sejak tahun 2004, menjadikan beliau amat memahami keperluan dan keutamaan rakyat Bera.
Bagi PRU-15, pertembungan tiga penjuru di antara BN, PH dan PN pastinya akan menjadi persoalan buat rakyat Bera siapa yang lebih layak mewakili mereka?
Apa yang pasti, mengundi Tok Mail Sabri bagi kerusi Parlimen Bera, rakyat Bera akan menghantar wakil terbaik mereka untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Berbanding dengan pesaing beliau, baik dari PH atau PN kedua-duanya hanyalah calon yang tidak akan menjadi Perdana Menteri. Kedua-duanya sekadar calon yang memenuhi kerusi Parlimen.
Inilah masanya buat seluruh rakyat Bera. Jangan lepaskan peluang keemasan ini bagi mengundi calon Perdana Menteri dari Bera, anak jati Pahang ini.
Sama-sama kita menjadi saksi sejarah bumi Bera berjaya melahirkan seorang pemimpin hebat yang menjadi Perdana Menteri. Seorang pemimpin yang tanpa gagal menjuarai isu kepentingan rakyat.
PRU-15 inilah masanya untuk kita menzahirkan kebanggaan rakyat Bera. Jika kita terlepas peluang ini, entah bila pula Bera akan memiliki wakil rakyat yang juga Perdana Menteri.
Memilih pemimpin terbaik adalah 'Semangat Bera' yang harus diterjemahkan di atas kertas undi pada 19 November nanti.
Buktikan kepada Malaysia bahawa Bera adalah bumi bertuah yang bakal mendominasi kepimpinan negara. Tok Mail Sabri adalah Perdana Menteri hasil kepercayaan rakyat Bera kepada ketokohan beliau.
Moh orang Bera, jangan fikir-fikir lagi. Moh undi Tok Mail PM kita!

Comments
Post a Comment