PAKATAN HARAPAN GAGAL DAPATKAN 112 KERUSI
Anwar dan Rafizi turun ke gelanggang demokrasi kali ini dengan penuh angkuh.
Ramalan daripada pelbagai pusat kajian memilih mereka.
Kumpulan 70 profesor Melayu memilih mereka.
Twitter memilih mereka.
Cuma Malaysia sahaja yang tidak memilih mereka. Cukuplah sekali, kata Malaysia.
Keangkuhan Anwar dan Rafizi terserlah sepanjang kempen PRU-15. Belum lagi di menara kuasa, mereka sudah mengugut penjawat awam.
Mereka ulang siar kekejaman Pakatan Harapan semasa zaman gelap 22 bulan.
Anwar, tanpa sebarang bukti menuduh anggota tentera disuap RM300 untuk mengundi Barisan Nasional.
Apabila ditanya soal bukti, senyap sepi pula.
Rafizi pula mengisytiharkan perang terhadap Azam Baki, Ketua Pengarah SPRM.
Rafizi tidak berpuas hati dengan tindakan SPRM menyerbu premis INVOKE.
Apa yang perlu ditakutkan Rafizi? Kamu sendiri yang meratib, berani kerana benar.
Lawan tetap lawan. Itu kata-kata kamu.
Barangkali kamu takut dengan siasatan SPRM kerana ada bangkai yang disembunyikan di bawah rumah?
Kamu tidak mampu untuk menjelaskan kekayaan luar biasa kamu walaupun mengemudi syarikat yang mencatat kerugian puluhan juta.
Serangan ke atas anggota tentera dan SPRM ternyata memakan diri.
Penjawat awam menghukum mereka.
Malaysia menghukum mereka.
Demikianlah hikayat PM Tepi dan Raja Formula di dalam perayaan demokrasi kali ini.

Comments
Post a Comment