PAKATAN HARAPAN PARTI JUTAWAN & BANGSAWAN


Minggu lepas Rafizi isytihar memiliki harta RM 18 juta. Tahun 2017 Rafizi memungut derma untuk elak muflis. Tahun 2022 asetnya mempunyai RM 18 juta. Dalam tempoh 4 tahun, jadi RM 18 juta. 2 tahun sahaja sudah PKP akibat covid-19. Bermakna dengan 2 tahun, Rafizi ternak dan kumpul duit rakyat hampir 20 juta. 


Ini kerja gila! SPRM wajar masuk. Lihat senarai di bawah! 


Pemimpin PKR 


1. Datuk Seri Mohd Supardi Md Noor - RM106.1 Juta 

2. Ramanan Ramakrishnan - RM 63.5 Juta 

3. Dr Sathia Prakash - RM 40 Juta 

4. Rafizi Ramili - RM 19.67 Juta 

5. Lee Boon Chye - RM 13.6 Juta

6. Anwar Ibrahim - RM 11.2 Juta 

7. Aminuddin Harun - RM 2.1 Juta

8. Wan Azizah - RM 1.4 Juta 


Pemimpin DAP 


1. Ngeh Koo Ham - RM 82 Juta 

2. Gobind Singh - RM 12.4 Juta 

3. Kulasegeran - RM 9 Juta 


Pengisytiharan Harta 80 Calon PKR Bernilai RM 354 Juta 


Jika 80 calon dibahagikan kepada RM 354 juta maka purata nilai kekayaan setiap calon PKR adalah sebanyak RM 4.4 Juta seorang. 


DAP pula mengambil pendirian yang berbeza dengan PKR dalam isu pengisytiharan harta. 


Menurut Setiausaha Agong DAP iaitu Anthony Loke yang mengumumkan parti mereka tidak mempunyai polisi yang mewajibkan calon-calon mereka yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk mengisytiharkan harta.


Oleh sebab itu , sampai bila masyarakat Malaysia hendak tertipu dengan helah dan penipuan Pakatan Harapan selama ini yang kononnya mereka adalah pejuang dan pembela masyarakat miskin? 


Mereka juga sering berlakon miskin dan meminta derma daripada rakyat Malaysia yang jauh lebih papa kedana daripada mereka. 


Sebelum ini untuk Tabung Harapan wang simpanan budak kecil juga dipaksa untuk dipecahkan. 


Natijahnya , golongan miskin hanya dapat dibela oleh DSIS yang datangnya daripada keluarga miskin dimana bapanya adalah seorang penoreh getah. 


Buktinya ketika Lim Guan Eng berkuasa beliau meningkatkan cukai pendapatan sebanyak 2% dan Ismail Sabri pula kurangkan 2% dalam belanjawan 2023.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA