PH TIDAK LAYAK ‘TUNGGANG’ LRT


LRT Laluan Kelana Jaya mungkin ditutup sementara, namun ia tidak menghalang PH untuk terus ‘menunggang’ LRT.


Seolah-olah mereka terpaling hero dalam hal ehwal pengangkutan awam.


Kita tidak lupa dan tidak akan pernah lupa.


Masalah yang menimpa LRT hari ini dapat dikurangkan atau mungkin dielakkan terus sekiranya projek LRT3 berjalan seperti yang dirancang pada awalnya.


LRT3 mampu memberikan laluan alternatif dan mengurangakan bebanan laluan Kelana Jaya. Malangnya, PH pula hadir dan mencuba sedaya upaya mereka untuk menyekat projek ini.


Berikut merupakan ‘jasa’ PH dalam membangunkan projek LRT3 di Malaysia :


1. Menangguhkan projek LRT3 yang sepatutnya siap pada tahun 2020.


2. Mengurangkan set tren daripada 42 kepada 22 sahaja. 42 set tren mampu menampung sehingga 74 ribu pengguna bersesuaian dengan keperluan di Lembah Klang.


3. Mengurangkan kapasiti tren daripada 6 koc kepada 3 koc sahaja.


4. Membatalkan 5 stesen LRT3 di kawasan padat penduduk seperti Lien Koe, Temasya, SIRIM, Bukit Raja dan Bandar Botanic.


5. Mengecilkan saiz depoh dan stesen.


6. Membatalkan terowong sepanjang 2km.


7. Membatalkan stesen bawah tanah.


Kepada politikus dan pentaksub PH, sila senyap. Tren telah berlalu pergi dan anda sudah terlepas stesen.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA