SARAWAK PILIH ISMAIL SABRI



Kita sedang menghitung hari untuk membuang undi. Ramai yang mengatakan bahawa PRU-15 ialah ibu segala pilihan raya.


Kenyataan ini benar belaka bagi rakyat Sarawak.


Ini adalah pilihan raya yang pertama setelah pengiktirafan MA63.


Pasca peristiwa bersejarah tersebut, status Sarawak sebagai rakan kongsi perlu dinatijahkan mana-mana parti yang membentuk Kerajaan. Sarawak sama sekali tidak mahu terus tercicir lebih-lebih lagi dengan kepesatan pembangunan jiran di Kalimantan.


Bibit-bibit penaiktarafan Sarawak sudah mula dirasai di bawah kepimpinan Ismail Sabri.


Nama Ismail Sabri akan selamanya dikenang dalam sejarah Sarawak memandangkan kejayaan beliau mengetuai usaha dwi-partisan untuk mengiktiraf MA63.


Perjuangan MA63 ini sudah lama didahulukan oleh tokoh-tokoh Borneo. Ternyata tuntutan ini akhirnya disudahi Ismail Sabri.


Penaiktarafan ini tidak terhenti di atas kertas. Pelbagai projek pembangunan di Sarawak diluluskan semasa pentadbiran Ismail Sabri.


Lebuh Raya Pan Borneo, SSLR, Projek Infrastruktur Bekalan Air Samalaju, Empangan Hidroelektrik Baleh - kesemua ini merupakan projek mega yang berupaya mengubah sosioekonomi Sarawak.


Malah di dalam Bajet 2023, sebanyak RM5.4 bilion dikhususkan untuk Sarawak, pertambahan sekitar RM700 juta berbanding tahun sebelumnya.


Peruntukan ini akan digunakan untuk pembangunan fasiliti asas seperti infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kemudahan kesihatan serta pembaikan sekolah-sekolah usang.


Selain itu, perkembangan di Kalimantan juga perlu diambil kira dalam membangunkan Sarawak.


Justeru, Ismail Sabri bertekad untuk membangunkan bandar Tebedu dan Ba’kelalan yang bersempadan dengan ibu negara baharu Indonesia tersebut.


Pembinaan Lebuh Raya Trans Borneo dan penaiktarafan Jalan Serian-Tebedu turut dirancang bagi memudahkan perjalanan di sempadan Sarawak-Kalimantan.


Dalam tempoh 13 bulan sahaja, rakyat Sarawak dapat merasakan sendiri bahawa Sarawak sentiasa menjadi keutamaan Ismail Sabri.


Moga-moga pasca PRU-15, Sarawak dan Semenanjung hanya dijarakkan Laut China Selatan, namun didekatkan dengan cita-cita Ismail Sabri untuk terus membangunkan Bumi Kenyalang.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA