ZAHID KONSISTEN CALONKAN ISMAIL SABRI SEBAGAI PERDANA MENTERI



1) Perhimpunan Agung 2021 - 18 Mac 2022  


UMNO mengulangi tekad untuk mendukung kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam membina semula negara yang lebih baik selepas melalui pelbagai cabaran politik dan ekonomi sebelum ini.


Malah, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, kekuatan kerajaan dan parti perlu seiring dalam mewujudkan kestabilan yang berkekalan.


2) Mesyuarat MKT UMNO - 15 April 2022 


Pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah penterjemahan kepada ketetapan yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu.


Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid hamidi menjelaskan, perkara itu diputuskan oleh lima kepimpinan tertinggi UMNO sebelum dibawa kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT).


"Mesyuarat (MKT) malam tadi adalah bagi kesinambungan kepada ketetapan PAU yang lalu.


"Dalam PAU, perwakilan telah menetapkan supaya soal-soal yang berkaitan dengan PRU15 yang mempunyai hubungan dengan soal-soal dan isu parti hendaklah dibincangkan oleh Top Five.


"Jadi perkara itu telah dibincangkan oleh Top Five sebelum dibawa ke MKT," katanya.


3) Perhimpunan Agung MIC Ke-76 - 10 Oktober 2022 


PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap di Perhimpunan Agung MIC berjanji jika BN menang Pilihan Raya Umum ke-15, jawatan Perdana Menteri akan kekal milik Datuk Seri Ismail Sabri.


4) Persidangan Perwakilan UMNO Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk  - 16 Oktober 2022 


Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, dakwaan beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan usaha pihak-pihak tertentu untuk memecahbelahkan parti tersebut.


Pada masa yang sama, Presiden UMNO itu menjelaskan bahawa parti tersebut mengekalkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada April lalu yang menamakan Naib Presiden parti, Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.


“Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan, kuasa melantik Perdana Menteri adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong yang mana pada hemat baginda seseorang Ahli Parlimen itu mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen lain."


“Jadi, jika ada parti pembangkang yang ‘menamakan’ orang lain selain daripada Ismail Sabri, itu adalah usaha untuk memecahkan UMNO dan BN,” katanya kepada Astro Awani.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk pada Ahad (16 Okt).


5) Sidang media di kediamannya di Kampung Sungai Nipah Darat - 7 November 2022


Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendiriannya tiada isu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.


“Tiada isu beliau (Ismail Sabri) bukan calon PM (Perdana Menteri) (jika BN menang), kita lihat poster beliau (Ismail Sabri) ada di mana-mana termasuk di Bagan Datuk,” katanya pada sidang media di kediamannya di Kampung Sungai Nipah Darat di sini hari ini.


6) Majlis Perjumpaan BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Terendak, Sungai Udang - 10 November 2022


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendirian Barisan Nasional (BN) untuk terus mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri jika BN menawan Putrajaya pada 19 November ini.


Pengerusi BN itu dalam nada tegas turut memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menjadi api dalam sekam untuk melaga-lagakan kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu.


Menurutnya, apabila UMNO dan BN telah membuat keputusan, mereka akan terus komited meneruskan keputusan yang sudah dicapai itu.


“Kita akan terus komited menentukan bahawa Perdana Menteri kita adalah Perdana Menteri yang sedang menjalankan tugas dengan baik di Putrajaya sekarang ini.


“Jangan timbul spekulasi, jangan timbul ramalan, jangan cucuk mencucuk di kalangan kami, we have no problem at all,” katanya dalam ucapan sebelum merasmikan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Terendak, Sungai Udang.

Comments

Popular posts from this blog

DSIS DESIGNATED SURVIVOR YANG DITAKDIRKAN MENJADI PERDANA MENTERI

MALAYSIA BAKAL MENJADI PENGUASA INDUSTRI HALAL GLOBAL

DSIS : WARGA FELDA ISTIMEWA DAN DIJAMIN AKAN TERUS DIBELA