ZAHID MESTI PASTIKAN TAWARAN PH JAUH LEBIH BAIK DARIPADA PN
2. Majoriti MP dalam Pakatan Harapan kini adalah bukan Melayu.
3. Oleh sebab itu , lebih banyak kementerian mesti diberikan kepada UMNO untuk melebihkan bilangan Menteri Bumiputera dan Melayu dalam kerajaan Perpaduan ini.
4. Keadaan ini bermakna lebih banyak Kementerian perlu diberikan kepada UMNO supaya kerajaan ini mampu berkekalan dan stabil.
5. Sebelum ini juga , Kabinet Perikatan Nasional dan Barisan Nasional yang diterajui oleh Ismail Sabri ini memiliki sebanyak 21 Menteri daripada pihak Barisan Nasional dalam gabungan kerajaan PN dan BN.
6. Oleh sebab itu , tawaran PH kepada BN pada kali ini tidaklah boleh jauh lebih rendah dan sedikit berbanding apa yang PN pernah berikan kepada Barisan Nasional suatu ketika dahulu.
7. Zahid sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN mesti berunding untuk mendapatkan tawaran yang lebih baik kepada Barisan Nasional.
8. Sebagai seorang Nakhoda maka segala perundingan mesti dan wajib membawa lebih banyak keuntungan kepada pihak kita supaya sejarah dan naratif lama UMNO dan BN ditindas tidak akan berulang sekali lagi.
9. Akar UMBI UMNO dan BN mengharapkan tiada sebarang tawaran , pemberian dan rundingan yang merugikan UMNO dan lebih menguntungkan PKR dan DAP.
10. Natijahnya , kita sedang menunggu berita baik daripada Presiden kita dan percaya beliau akan melakukan yang terbaik kepada UMNO dan BN. Kita yakin dan percaya tawaran yang bakal diberikan tidak akan jauh lebih kurang daripada apa yang pernah diberikan oleh PN sebelum ini.

Comments
Post a Comment